Bab 32🕵️‍♂️

1.1K 66 6
                                    

Melopong mulut Nurulia melihat keindahan pulau tersebut. Tidak pernah dia melangkah sejauh ini. Bercuti di Langkawi.

Mata Nurulia beralih memandang Naqieb di sebelahnya. Naqieb hanya tersenyum. Wajah Naqieb bersama mata yang dilapisi kaca mata hitam itu dilihat sekali lagi.

"Why sweetheart?" Soal Naqieb. Dari tadi hanya melihat wajah terkejut isterinya. Ternganga sahaja mulut isterinya itu. Naqieb menyentuh dagu Nurulia merapatkan bibir isterinya itu

"Serius lah? Langkawi?" Kembali mulut Nurulia melopong memandang Naqieb. Naqieb hanya mengangguk sambil tersenyum. Ketahui bahawa gadis itu tidak pernah bercuti mahupun mengisi masa sendiri sejauh ini.

Nurulia terlompat-lompat kegirangan. Melihat senyuman manis Nurulia lekang di bibir gadis itu membuatkan Naqieb gembira. Isterinya itu comel dilihat.

Terkinja Nurulia apabila dia terlalu gembira.

"Eii! Nurul tak tahu kenapa Nurul gembira sangat sampai nak menjerit." Jujur Nurulia. Tanpa berfikir apa-apa bibirnya dibuka melepaskan jeritan kegembiraan.

Naqieb terkejut dengan pantas menutup mulut isterinya bersama telapak tangannya. Mata Naqieb yang dilapisi kaca mata hitam itu melihat orang di sekeliling mereka.

"Sayang agak lah. Orang tengok." Ujar Naqieb. Malah, Nurulia mengendahkan sahaja. Yang penting dirinya gembira. Dapat mengisi masa dengan orang tersayang.

Setelah itu, mereka bercadang untuk menginap sementara di hotel yang diketahui ramai di Pulau Langkawi itu. Kaki mereka melangkah masuk ke lobi bangunan hotel tersebut menuju ke kaunter pendaftaran untuk check in.

Adya Hotel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adya Hotel

Seusai berurusan pendaftaran, mereka menuju ke bilik yang telah ditempah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seusai berurusan pendaftaran, mereka menuju ke bilik yang telah ditempah. Kunci pintu bilik dibuka lalu mereka berdua melangkah masuk ke dalam ruang bilik tersebut.

Meliar mata Nurulia melihat sekeliling ruang bilik tersebut. Ia sangat cantik. Senyuman Nurulia tidak mati di bibirnya. Lekang sahaja senyuman itu sejak menjejakkan kaki di Pulau Langkawi itu.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now