"Naqieb Asyraf.." Lemah Nurulia menyebut nama penuhnya. Dahi Naqieb berkerut pelik melihat gadis itu. Apa yang sudah jadi?
Naqieb dengan rela membantu gadis itu bangun perlahan. Naqieb hanya melihat gadis itu.
"Nurulia Alynna!.. " Jerit seseorang mengejutkan Nurulia. Tubuh Nurulia kembali mengigil. Nurulia menoleh memandang pakciknya bersama dua lelaki yang bersamanya.
Kepala lelaki tua itu diteleng sedikit memandang Nurulia yang menoleh memandangnya.
"Awak.." Nurulia kembali memandang Naqieb yang bersamanya. Tangannya kuat mengigil. Tidak kuat akan situasi begini. Air mata kembali berjurai di pipi.
"Awak.. please, pakcik.. Karma. Saya merayu. To..tolong saya.." Rayu Nurulia dalam esakan. Nurulia mengenggam tangannya. Naqieb memandang Nurulia dingin lalu kembali matanya memandang lelaki tua yang berada dengan mereka.
Naqieb memikir sejenak apa yang perlu dilakukan. Dilihat dua orang pembantu lelakinya datang menghampirinya.
"Encik Naqieb.." Naqieb memandang dua pembantunya dingin. Matanya memberi isyarat untuk melindungi Nurulia dibelakang. Kedua jejaka itu mengangguk.
"Kau nak bawa anak buah aku pergi mana?" Naqieb dingin memandang lelaki tu di hadapannya.
Mata Nurulia hanya melihat keadaan yang terjadi. Yang penting dirinya selamat. Dua jejaka yang bersamanya berada di sisinya.
"Pakcik nak apa?" Soal Naqieb dingin. Nurulia memeluk tubuhnya mengigil ketakutan Masih belum reda. Dirinya cuba untuk menenangkan diri.
Karma mula bengang. Sudah pasti kini ada hero yang mampu menghalang.
"Ada hero ya sayang.." Naqieb hanya dingin memandang Karma. Apa lelaki tua ini lakukan pada Nurulia? Mengapa Nurulia takut akan pakciknya sendiri? Asal takde dalam maklumat?
Karma menjawab dengan menunjuk ke arah Nurulia yang berada di belakang Naqieb. Naqieb menoleh memandang Nurulia dibelakangnya lantas Nurulia memandang Naqieb dengan air mata yang mula bertakung di kelopak mata lalu segera menggeleng kecil beberapa kali.
"Pakcik nak buat apa dengan Nurul?" Dingin Naqieb kepada Karma membuatkan lelaki tua itu tersenyum sinis. Dingin sungguh jejaka itu.
Matanya tajam memandang Naqieb lalu langkahnya perlahan dibuka mendekati mereka. Nurulia terkejut. Kedua pembantu Naqieb yang segak, bertubuh tegap megah itu mula bersedia. Bertindak jikalau perkara buruk berlaku pada tuan majikannya.
Isyarat tangan yang diberi Naqieb membuatkan mereka berdua bertenang semula. Mata mereka berdua memandang sama sendiri.
Nurulia hanya diam. Melihat pergerakan pakciknya hampir mendekati Naqieb. Namun, Naqieb hanya tenang tanpa sebarang reaksi dilihat. Dingin wajahnya.
"Kau sibuk apa? Suka hati aku ahh!" Kasar Karma pada Naqieb. Naqieb hanya diam memandang Karma dengan wajah dinginnya.
"Dia aku punya. Orang muda macam kau tak perlu masuk campur hal orang lain?.." Sambung tegas Karma santai sehingga berhenti langkahnya apabila sudah berada di hadapan Naqieb.
"Pakcik tak boleh ambil dia.." Dingin Naqieb menjawab.
Karma memaparkan wajah bengangnya setelah Naqieb memprotes. Sengih sinis Karma akan kerana bengang dengan jejaka di hadapannya yang masuk campur halnya.
"Kau ingat kau muda dari aku kau fikir diri kau bagus ahh?" Mendatar Karma dingin.
"Saya muda. Saya respect pakcik. Jadi, pakcik perlu beri kerjasama.." Dingin Naqieb membalas.
Karma tersenyum sinis melihat jejaka itu. Matanya melirik memandang Nurulia di belakang Naqieb.
Naqieb dengan perlahan memegang pergelangan tangan Nurulia yang dilapik lengan baju itu. Nurulia terkejut memandang Naqieb.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
Roman d'amourKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...