Bab 41 🕵️‍♂️

125 10 1
                                    

Kaki Naqieb melangkah menuruni tangga setelah selesai dirinya dikemaskan untuk segera ke pejabat. Matanya meliar mencari kelibat isterinya namun tidak kelihatan.

Naqieb melangkah memasuki ruang dapur untuk mencari isterinya. Mata Naqieb memandang susuk tubuh Nurulia yang sedang termenung dengan air pili di sinki terbuka terjun menyentuh tangannya. Naqieb menjongket kening Nurulia.

Perlahan kaki melangkah menghampiri isterinya. Tangan Naqieb perlahan naik memeluk pinggang ramping milik isterinya dari belakang.

"Sayang?" Lembut Naqieb menegur isterinya.

Tersentak Nurulia dari lamunan. Air mata yang dirasai di pipinya pantai disapu bagi tidak merisaukan hati suaminya.

"Air pili sinki tu kenapa sayang?" Tegur Naqieb. Nurulia yang tersedar pantas menutup pili air di sinki tersebut.

Melihat keadaan dan wajah isterinya Naqieb sudah memahami apa yang bermain di fikiran isterinya. Walaupun sudah 2 hari berlalu, atas pemergian Emylia. Ia masih terasa di hati isterinya atas kehilangan sahabat baiknya itu.

"Abang nak pergi kerja dah? Nurul ada siapkan sarapan untuk abang. Abang sarapan dulu ya sebelum pergi kerja.." Keadaan Nurulia menjadi kelam kabut seketika akan kerana terkejut akan kejadian suaminya di dapur itu.

"Nurul hidangkan untuk abang-" Tergantung ayat Nurulia apabila Naqieb memegang kedua tangannya yang menyebabkan pergerakkannya terhenti.

"Sayang.." Naqieb memandang isterinya dengan memegang kedua pergelangan tangan isterinya. Direnung lama wajah isterinya itu.

Sungguh jelas wajah isterinya yang pucat sedikit. Rambut yang menutupi sebelah mata isterinya ditolak perlahan ke belakang telinga isterinya.

"Sayang.. You need more rest hm." Naqieb mengusap kedua tangan isterinya lembut.

Nurulia menundukkan wajahnya seketika lalu diangkat wajahnya semula memandang suaminya. Kepalanya menggeleng membalas kata-kata Naqieb tadi.

"Nurul tak boleh tidur lena abang. Nurul terasa hilangnya Emy." Balas Nurulia lembut.

"Abang faham sayang hm. You need to be strong hm? Not just you. Aina and Saleha also. They also feel the same, sayang.." Mata Nurulia hanya memandang suaminya dengan perasaan sebak.

"Nurul tak sempat jumpa Emy, abang.." Rintih Nurulia dalam kesedihan.

"Abang faham sayang. But, sayang tak boleh terus lemah macam ni, hm." Lembut Naqieb memujuk.

Naqieb perlahan menenangkan isterinya. Dibawa perlahan isterinya ke bilik untuk direhatkan sebelum dia gerak ke kerja.

Malah, di pejabat juga dirinya tidak dapat tenang apabila memikirkan keadaan isterinya seorang diri di rumah dalam kesedihan. Fikirannya tidak hilang memikirkan tentang isterinya di rumah. Keluhan dilepaskan berat.

Kepala disandarkan pada kepala kerusi. Matanya seketika memandang syilling atas.

Ketukan pintu bilik pejabatnya menyentakkan lamunannya yang melayang atas kerana isterinya. Dingin suaranya mengarahkan gerangan di luar yang mengetuk pintu tersebut masuk.

Terjegul wajah Arudien di muka pintu. Matanya memandang wajah Naqieb yang dingin.

"Kau rupanya, Dien. Masuk lah." Ujar Naqieb. Arudien melangkah masuk ke dalam ruang pejabat tersebut.

"Kau asal? Macam stress je. Ada apa-apa masalah ke?" Arudien mengambil tempat duduk berhadapan dengan Naqieb. Matanya memandang Naqieb yang sedang mengeluh sambil memandang syilling itu.

Sungguh jelas jejaka itu kelihatan mempunyai masalah tanpa mengetahui riak wajah jejaka itu. Sudah lama dia kawan bersama Naqieb, jadi dia amat mengenali keadaan diri jejaka itu.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now