Bab 33🕵️‍♂️

1K 62 1
                                    

       Kedua mata mereka memandang Malakai pelik. Silih berganti mata mereka memandang Izzam, Malakai dan Arudien itu.

"Uum. Bukan salah aku. Dah kau buat sweet depan kitaorang. Mana aku tak geram." Selamba Malakai mengatakan membuatkan hati Naqieb membara.

"Apa korang buat kat sini?" Soal Nurulia. Mereka bertiga diam. Diam serbu kata. Ada yang kekok antara mereka untuk menjawab. Naqieb pantas mendekati membuka langkah mendekati mereka bertiga.

"Ahh! Lari! Serigala liar mengamuk nak kan daging aku!" Pantas Malakai berlari jauh dari Naqieb mendekatinya. Naqieb tajam memandang Izzam.

"Arghh!" Naqieb pantas cuba mendapatkan Izzam yang sedang membuka langkah untuk melarikan diri. Tetapi, tidak sempat lehernya sudah dicengkam kuat dari belakang oleh Naqieb.

Nurulia hanya ketawa kecil mengekori langkah suaminya. Matanya memandang Arudien seketika yang sedang menghampirinya.

"Aku minta maaf mengacau moment korang. Dan kitaorang datang tiada niat untuk mengacau honeymoon korang.." Dingin Arudien di sebelah Nurulia sambil dimasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

Mata mereka berdua melihat pertelingkahan Naqieb yang ingin melepaskan geram pada Izzam. Kaki Naqieb dilihat melangkah ingin mendapatkan Malakai yang melarikan diri itu seperti budak kecil.

"Arghh! Sakit lah bodoh! Asal aku pulak yang kena?!" Kuat tangan Izzam menepuk kuat lengan Naqieb yang mengerat lehernya.

Nurulia hanya melihat suaminya yang menghentam mereka berdua itu. Senyuman kecil terbit di bibirnya.

"Niat kitaorang datang hanya spy korang dari jauh je. Pastikan keadaan korang selamat." Nurulia memalingkan wajahnya memandang Arudien di sebelahnya.

"Nurul dengan Naqieb selamat lah. Korang je yang tak selamat sekarang ni.." Ujar Nurulia mengatakan keadaan mereka berdua dihentam kuat oleh Naqieb. Nampak jejaka itu melepaskan kuat geramnya pada mereka berdua.

"Korang kacau masa aku. Apa maksud kau selamat?" Dingin Naqieb sambil melepaskan kepala Izzam yang sudah menjadi sasarannya melepaskan geram itu.

Tangan sebelah Naqieb hanya memegang belakang kolar baju milik Malakai yang sedang meronta ingin melepaskan diri itu. Walaupun tubuh badan Malakai tegap darinya tetapi bukan penghalang bagi Naqieb. Dirinya kuat mengenggam kolar baju milik Malakai itu.

Nurulia tidak henti melepaskan ketawa kecil itu. Tidak lari matanya melihat pertelingkahan mereka.

Izzam mendekati Nurulia. Tangannya mengurut kepalanya yang sakit akibat dihentam kuat oleh Naqieb tadi.

"Kitaorang baru sahaja ke attack sistem. " Ujar Izzam pula. Naqieb memandang Izzam dingin. Kening kirinya diangkat memberi isyarat untuk mereka menyambung.

"Data sistem kita hampir kena hack dan Noah berjaya halang." Balas Izzam bersama wajahnya yang geram memandang Naqieb.

"Jadi Noah minta kitaorang travel sampai ke sini untuk pastikan keadaan korang selamat." Ujar Malakai berhenti meronta.

"Dapat detect siapa yang hacking?" Soal Naqieb lalu mereka bertiga mengangguk. Naqieb melepaskan keluhan. Tangannya mengetuk kepala Malakai bagi melepaskan amarahnya lalu melepaskan Malakai dari tangannya.

Naqieb memandang Nurulia buat seketika. Dirinya berasa takut gadis itu akan terkesan dengan keadaan waktu itu malah gadis itu hanya tersenyum sahaja.

Naqieb menghampiri isterinya  lalu mengusap kepala isterinya lembut.

"Aku akan handle. Settle hal ni nanti. Blah!" Dingin Naqieb pada mereka bertiga lalu mereka bertiga hanya mengangguk.

"Roger nanti.." Dingin Arudien lalu meninggalkan mereka berdua. Mata mereka melihat tiga jejaka itu beredar meninggalkan mereka.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now