Bab 16🕵️‍♂️

1.2K 76 3
                                    

         Seperti biasa rutin harian Nurulia ketika hari bekerja. Tiada masalah mahupun perkara buruk buruk berlaku padanya selepas itu dan Naqieb, setia bersamanya dalam menjaga gadis itu. Hidup gadis itu kembali tenang tanpa sebarang gangguan. Malah, kehidupannya kembali tersenyum dengan kehadiran Naqieb setia bersamanya.

Dirinya menjadi tenang dengan keberadaan Naqieb di sampingnya. Makin lama hatinya semakin lembut dengan jejaka itu. Jatuh cinta semestinya, mengubah dunia bersama jejaka itu Masih ragu-ragu buatnya. Siapa tak jatuh cinta dengan jejaka seperti Naqieb. Tiada kekurangan di matanya.

Nurulia melangkah keluar dari lobi bangunan RYN Holdings. Dengan terkejut langkahnya terhenti di hadapan pintu kaca bangunan. Dari jauh matanya terpana melihat Naqieb yang setia menunggunya. Kepala Nurulia terteleng melihat penampilan Naqieb yang pertama kali dilihatnya.

Dilihat jejaka itu dari bawah ke atas. Jantungnya mula berdegup kencang.

"Rilek Nurul. Kau kena rilek kalau tak malu nanti.." Ngomel Nurulia seorang diri melayan perasaannya. Tiba-tiba matanya bersinar melihat penampilan Naqieb. Sungguh kacak.

Tersentak Nurulia seketika apabila mula membuka langkah melihat pandangan mata coklat terang itu tepat memandangnya.

Tersentak Nurulia seketika apabila mula membuka langkah melihat pandangan mata coklat terang itu tepat memandangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nurulia segera mendekati Naqieb apabila pasangan mata coklat itu tepat memandangnya. Wajah dingin hanya ditayangkan oleh jejaka itu.

"Asal pandang aku macam nak telan? Jaga mata elok-elok.." Dingin Naqieb dengan jelingan.

"Eii! Tak ingin saya pandang awak sangat.."

"Awak tak kerja ke? Simple je pakaian?" Tegur Nurulia. Sungguh simple. Baju tshirt bersama kemeja dipakai. Dilihat kemas dan kacak dilihat pada jejaka itu.

"Tak. Ada masalah tentang tu?" Dingin Naqieb menyoal. Sejurus Nurulia menggeleng diam. Sungguh baik. Tak kerja pun sanggup mengambil dirinya pulang. Demi keselamatan.

"Kenapa awak sanggup buat macam ni? Kan saya mampu jaga diri saya lagi.." lembut Nurulia ingin mengetahui apa tujuan jejaka itu sehingga sanggup membuat perkara sebegini padanya. Keselamatan dirinya masih mampu mengawal. Apa tujuan Naqieb sehingga mampu menerima dalam hidup jejaka itu?

"What do you mean?"

"Saya tahu saya terlibat dalam misi awak. Dan awak penyiasat bukan? Kenapa perlu terlalu obvious untuk menjaga saya sehingga begini?" Laju Nurulia menangkap. Memang sah jejaka itu bukan polis biasa. Malah, polis yang berjawatan.

Situasi yang terjadi minggu lepas masih diulang tayang di fikirannya. Jejaka itu bersama Aqil dalam mengharungi situasi bahaya kerana dirinya. Dengan melihat kepakaran Naqieb, sah jejaka itu bukan hanya orang biasa.

"Tak ke terlalu obvious untuk awak menjaga saya. Macam mana kalau plan awak kantoi?.."

"Aku ada plan aku sendiri so ikut je apa aku minta.."

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now