Bab 28🕵️‍♂️

1.3K 74 2
                                    

Tangan suaminya di capai lalu dicium. Matanya lembut memandang Naqieb.

"Can I get your time for a while sayang?" Minta Naqieb lalu Nurulia melihat jam di pergelangan tangannya seketika.

"Boleh je. Kenapa awak?" Soal Nurulia ceria. Awal pagi lagi sudah ceria melihat wajah kacak suaminya itu. Layanan lembut suaminya sentiasa menarik hatinya. Jikalau boleh tidak mahu melepaskan suaminya itu. Hanya duduk di rumah bersama. Malah, masing-masing masih perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"About yesterday. Sayang okay?" Soal Naqieb membuatkan Nurulia hairan.

"Saya okay je. Saya faham keadaan awak busy menjalankan tugas awak.." Lembut Nurulia membalas.

"Sorry kalau aku tak dapat beri banyak masa pada kau semalam.." Ucap Naqieb membuatkan Nurulia hairan.

"Takde apalah awak. Saya okay je. Yang penting awak pun okay kan. Lagipun, harini awak ambil alih office jadi mesti ada masa kan dengan saya.." Lembut Nurulia.

Ya Allah, aku bersyukur padaMu Ya Allah. Kau memberi insan yang baik buat ku. Insan yang berseri dan menawan Ya Allah..

Naqieb tersenyum manis buat gadis itu.

"Awak jaga diri elok-elok okay. Kalau tak larat. Rehat dulu. Jangan push diri. Semalam pun balik lewat pagi.." Cebik Nurulia.

"Ya sayang. I get it.."

"I love you.." Senyuman terbit di bibir Naqieb.

"I love you too sweetheart.." Lembut Naqieb membalas lalu keluar dari perut kereta. Masing-masing menumpukan kerja pada harini.

Naqieb termenung seketika. Entah mengapa hatinya berasa tidak senang. Hanya ingin kan Nurulia.

Tubuhnya di pusing-pusing menggunakan kerusi pusing itu sehingga menghadap meja. Telefon pintar sekilas diambil lalu dibuka. Laju sahaja jarinya menekan nama isterinya lalu membuat panggilan.

Mata Nurulia terpana pada telefon pintarnya yang berdering. Berkerut dahinya melihat nama yang tertera di telefon pintar itu. Tanpa berfikir panjang, dia mengangkat panggilan suaminya itu.

"Hello?" Suara suaminya menyapa di talian.

"Ya, awak kenapa ni?" Soal Nurulia pelik. Tiba-tiba sahaja call. Tidak pernah dilakukan jika sewaktu kerja. Busy memanjang sahaja.

"Nothing. I miss you that's all.." Jujur Naqieb lembut di talian. Nurulia melepaskan rasa lega. Saspen dibuatnya.

"Saya ingat apalah. Baru je beberapa jam, berpisah awak dah rindu? Makin kuat cinta saya bagi kat awak?" Senyum Nurulia sambil membayangkan wajah Naqieb di tubir mata. Semestinya jejaka itu sedang ketawa kecil apabila kedengaran di talian.

"Dah rindu nak buat macam mana.." Bersahaja Naqieb. Matanya dilontarkan pada tingkap kaca pejabatnya. Pemandangan seluruh Kuala Lumpur menjadi tantapannya.

"Saya ada kerja ni awak. Balik kita jumpa kan?" Minta Nurulia perlahan di talian.

"Lama sangat lah sayang. Aku rindu kau ni.." Makin lebar senyuman Nurulia dibuatnya. Lahai hati, sabar ya.

"Saya pun rindu awak. Nanti kerja saya habis awal. Saya balik lah awal okay?.."

"Kenapa tak berhenti je terus?" Sekilas Naqieb membuatkan Nurulia tercenggang.

"Berhenti. Aku akan rasa kau akan lebih selamat di rumah. Penat kau, kerja kau di rumah. Aku rasa tak selesa dan berharap kau akan selamat di luar Nurulia.." Nurulia dapat menangkap. Naqieb risau akan tentangnya. Perkara yang jadi pasti akan berlaku tanpa kita sangka juga.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now