Bab 8🕵️‍♂️

1.1K 92 4
                                    

        Nurulia mengerling jam yang tersedia di dinding ruang pejabat tersebut yang telah menunjukkan pada waktu untuk dirinya bersedia mengikuti Arish ke mesyuarat di sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur tersebut.

Tangan gadis itu ligat mengemas barang kerja sehingga dirinya tertumpu pada Arish yang berjalan mendekati meja mereka.

"Dah?.." Soal Arish perlahan pada Nurulia lalu Nurulia segera mengganguk tanda dirinya sudah bersedia.

"Hanna! Saya nak awak tengokkan office waktu saya takde. Sesiapa datang tanpa diundang tidak dibenarkan masuk. Kecuali dia ada appointment dalam jadual saya. Faham?.. " Arah Arish tegas pada Rehanna yang berdiri di kedudukan mejanya berada.

Rehanna seraya mengangguk menerima arahan tatkala memahami wajah dingin tuan pengurusnya.

Arish dan Nurulia mula melangkah keluar dari pejabat megah tersebut berjalan menuju ke kereta mewah milik jejaka itu.

Di dalam perjalan keadaan antara mereka berdua sepi tanpa sebarang bunyi membuatkan Nurulia ragu untuk dirinya membuka mulut atas kesalahan yang dilakukan kepada Arish.

"Encik Arish? Saya mintak maaf sangat-sangat.." Nurulia bertindak memecahkan kesunyian apabila dirinya mengutuskan ucapan itu kepada Arish kerana hati yang rasa bersalah.

"It's okay. Tapi point's awak tetap ditolak sebab datang lewat. You must know that.. " Balas Arish apabila matanya memandang sekilas sepupu di sebelahnya tentang mata bonus gadis itu bekerja di syarikatnya.

Nurulia redha. Dirinya hanya mengeluh ringan. Itulah kesalahan dirinya terpaksa dirinya hadap walaupun hanya kesalahan kecil tapi itu adalah peraturan bekerja di syarikat RYN Holdings. Peraturan yang tegas dan berdisiplin.

Point's tu adalah markah adab tatasusila identiti pekerja yang dipanggil bonus gaji dalam syarikat RYN Holding ini. Ha.. kayakan sepupu aku ni haa..

Lewat sekali TOLAK

Tidak menguruskan tanggungjawab dengan baik TOLAK

Tidak amanah TOLAK

Tiada sopan santun dan hormat menghormati TOLAK

Tapi point untuk dirinya?

Terkedu Nurulia seketika melihat bangunan kelabu megah milik Dato' Kamal yang canggih dilihat manakan ini adalah kali pertama dirinya akan berhadap dengan pengurus di syarikat ternama ini. Walaupun dirinya mengenal nama Dato' Kamal itu melalui media yang disiarkan pada syarikat.

Tetapi? Mengapa bangunan kelabu ini seperti pernah dilihat?

"Jom.." Arish keluar dari perut keretanya begitu juga Nurulia sambil matanya masih melihat kecanggihan bangunan tersebut. Fikirannya cuba mengesan bangunan tersebut.

Kakinya melangkah membontoti Arish di hadapan lalu memasuki ruang lobi K'ASY Holdings tersebut. Kecantikan dan kemewahan bangun tersebut indah tidak terkata. Melihat corak elegan mewah bangunan tersebut memang indah dilihat.

Mereka berdua dilayani baik oleh pekerja-pekerja K'ASY Holdings tersebut sehingga membawa mereka ke bilik mesyuarat.

Secara tiba-tiba dirinya mula mengigil apabila mata- mata di bilik mesyuarat itu memandang mereka berdua. Tidak tahu mengapa?

Pandangan dan wajah mereka amat serius dan dingin. Dengan rasa nervous Nurulia mengikuti Arish melabuhkan punggungnya bersebelahan Arish.

Arish hanya memandang gadis di sebelahnya. Gugup? Semestinya akan ada dalam diri.

Situasi hening dan sunyi hanya seketika. Seseorang mula memasuki bilik mesyuarat tersebut bersama senyuman menukarkan situasi hening mereka. Matanya melihat senyuman manis Dato' Kamal yang berada di muka pintu. Mereka bangun menundukkan tubuh mereka menandakan hormat.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now