Peristiwa hari semalam tidak henti bermain di mindanya. Dirinya berasa gelisah seketika lalu cuba untuk tenangkan diri. Jiwanya menjadi tidak tenang akan kerana kesilapannya sendiri terhadap Naqieb.
"Aku tak patut tolak apa dia buat, apa aku dah buat ni? Kenapa perkara tu masih di fikiran aku walaupun aku dah bersama Naqieb?" Gomel Nurulia seorang diri. Dirinya menjadi begitu gelisah. Hal pagi tadi juga begitu, Naqieb mula dingin dan kurang membuka mulut dengannya. Suasana pagi tadi hanya hening tanpa bualan. Suara dirinya sahaja yang memenuhi ruang pagi tadi.
Fikiran Nurulia melayang sehingga dirinya termenung seorang diri di kamar.
Secara tiba-tiba, deringan telefon milik Nurulia menyentakkan dirinya dari lamunan. Tangan terus mencapai telefon pintar untuk menyambut panggilan tersebut. Nama yang tertera dilihat seketika lalu terus ditekap di telinganya.
"Nurul.." Tegur Aina ceria di talian.
"Hai.." Lembut Nurulia membalas.
"Kau okay tak ni?.." Soal Aina apabila menangkap suara teman baiknya yang beza dari biasa didengari.
"Okay.." Bohong Nurulia.
"Yeke kau okay? Suara bunyi lain. Bagitau aku kenapa.." Sikap ingin tahu mula timbul dalam diri Aina.
Nurulia terdiam seketika. Dirinya juga malu untuk menyatakan hal dirinya bersama Naqieb kepada kawan baiknya.
"Umm kau kat mana? Siap dah persiapan untuk esok?.." Soal Nurulia cuba menukar topik.
"Aku kat rumah mak aku siapkan barang untuk perkahwinan esok. Ehh! Jangan kau nak tukar topik. Cepat bagitau aku.." Tangkap Aina mengesan gadis itu cuba mengelak.
"Haih! Aku tak tahu lah. Aku rasa bersalah sekarang ni and rasa tak tenang tiba-tiba.." Adu Nurulia akhirnya apabila dirinya tidak mampu untuk memikirkan jalan lain untuk menyimpan rahsia pada kawan baiknya itu.
"Kenapa? Kau buat apa? Kau bergaduh dengan Naqieb ke?.."
"Tak! Aku.. Aku tolak.. Apa yang dia.. Nak.." Ragu Nurulia menyampaikan lalu bibir bawahnya digigit hal kerana menahan malu.
"Suami kau?.." Kepastian Aina dengan ayat yang dimaksudkan oleh kawan baiknya di talian.
"Hmm.." Bunyi Nurulia membalas.
"Lahh.. Nurulia.. What are you doing, Nurulia? Hmm?.. "
"Aku belum bersedia lagi Aina. Perkara lama masih terngiang di fikiran aku dan aku tak mampu untuk lawan." Jujur Nurulia. Kecewa Aina seketika mendengar luahan gadis itu.
"Nurul.. Kau dah jadi isteri dia jadi ia adalah tanggungjawab kau bukan? Kau fikir apa kat Naqieb tu? Mana boleh kau belum bersedia dan kau dah mulakan hidup baharu bersama Naqieb.. " Nurulia hanya diam.
"Aku.. "
"Benda dah lepas tidak perlu dikenang kembali Nurul. Apa yang aku dapat rasa kan ia perit kalau aku jadi Naqieb. Kau tak tahu apa yang dalam benak fikiran dia. Naqieb tu suami kau. Dia bukan lelaki lain yang kau patut fikir. Kerana dia seorang suami yang sanggup menerima kau seadanya. Sanggup terima kau walaupun hidup kau derita. Kita dan kau tak berapa kaya macam perempuan lain. Aku tahu Naqieb seorang lelaki yang cerdik fikiran dia. Ada sebab dia jadikan kau isteri dia.. " Panjang lebar Aina menasihati teman baiknya akan kerana kecewa akan perbuatan gadis itu. Nurulia hanya diam. Dirinya berasa kecewa akan dirinya sendiri. Akan kerana dia, jejaka itu mula bersifat dingin padanya.
"Nurul kau patut bersyukur tau cause he's your husband. And he's the hero in your life. Look now you with him? Got a precious one in your life. Inspektor yang sedang berkhidmat demi kau dan keluarga" Sambung Aina di talian untuk menyakinkan hati kawannya yang ragu dengan pendiriannya. Nurulia mengeluh seketika. Air matanya bergenang di tubir mata sebentar tadi kini menitis di pipi.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...