-Flashback-
"Kenapa Uncle nak jumpa Qieb?" Soal Naqieb Asyraf yang baru sahaja datang apabila mendapat panggilan dari Dato' Fauzan, ayah sahabatnya, Ryn Arish yang hendak berjumpa dengan dirinya. Jadi, dengan segera dirinya mengakur permintaan Dato' Fauzan itu.
Naqieb Asyraf menarik kerusi meja makan restoran tersebut lalu melabuhkan punggungnya apabila berada dihadapan Dato' Fauzan.
Dirinya juga sudah mengenali siapa Ryn Arish dan Nurulia Alynna bahawa mereka berdua adalah sepupu membuatkan dirinya terkejut dengan apa yang diketahui sendiri oleh Dato' Fauzan tentang gadis yang dijaga olehnya. Pada masa yang sama, dirinya terssngkut dengan gadis itu.
"Maaf kalau uncle menganggu kamu. Uncle ada benda nak bincang dengan kamu.." Perlahan Dato' Fauzan berkata pada Naqieb. Dia teruja seorang diri melihat kekacakan Naqieb Asyraf yang sanggup menjaga anak buahnya selama ini. Tetapi bukan hanya ketampanan jejaka itu sahaja yang membuat dirinya teruja.
Malah, hati yang baik dan keikhlasan hati dari jejaka itu menjaga anak buahnya membuatkan dirinya tersentuh dengan tindakan jejaka itu. Jejaka itu sanggup menerima perancangannya bagi melindungi Nurulia.
Jadi dirinya mengharap hajatnya kesampaian pada jejaka itu. Manakan dirinya akan berlanjutan umur dan telah berjanji pada diri sendiri dan permintaan terakhir arwah abangnya untuk menjaga gadis itu dengan baik.
"Its okay, Uncle. Naqieb pun hampir waktu lunch. Uncle nak bincang apa dengan Naqieb?.. " Soal Naqieb perlahan. Dilihat wajah lelaki tua itu mula muram sedikit. Apa dia ada tersilap apa-apa?
"Uncle harap apa yang Uncle suggest ni kamu boleh terima dengan seadanya.." Ucap Dato' Fauzan pada Naqieb Asyraf membuatkan jejaka itu bingung mendengar katanya.
"Bunyi serius je Uncle?.." Soal Naqieb hairan dengan menjongket kening kirinya.
"Uncle nak kamu kahwin dengan anak buah Uncle, Nurulia Alynna.." Pinta Dato' Fauzan. Akhirnya keluar hajatnya yang dipinta kepada jejaka kacak itu. Tetapi dia masih belum lega. Selagi jejaka itu tidak menerima hajatnya dia menjadi tidak tenang. Begitu juga arwah abang dan kakak iparnya.
Dirinya mengharapkan Naqieb akan menerima permintaannya kerana dirinya tahu dia tidak mampu untuk menjaga anak buahnya lagi dengan perkara yang dia alami sekarang ni kecuali Naqieb Asyraf yang sentiasa ada dengan gadis itu.
Naqieb Asyraf terkedu mendengar lalu air liurnya ditelan kerana terkejut tatkala mendengar permintaan Dato' Fauzan.
"Uncle minta kamu jadi suami Lia kerana kamu selalu ada untuk dia dan menerima rancangan uncle untuk jaga kan Lia. Juga uncle yakin kamu boleh bahagiakan Lia. Uncle risau dengan keselamatan Lia sejak kebelangkangan ni. Uncle jaga Lia dengan baik lepas kejadian lampau dari adik Uncle, Karma. Memang Karma tu ada kesempatan pada Lia lepas Uncle dapat tahu. Dia ada cuba culik Lia sementara Lia tinggal dengan Uncle. Jadi uncle terima dia nak tinggal dengan kawannya. Adalah upah orang untuk awasi Lia, Arish pun ada juga awasi Lia sampai kamu setuju berdepan dengan Lia jadi Uncle stopkan untuk upah orang awasi Lia kerana kamu ada. Uncle juga risau, Uncle terlalu sibuk dengan kerja dan Arish pun jarang nak berdepan dengan Lia. Hanya waktu kerja je. Dia pun perlu menumpu pada kerja dan kehidupan rumah tangganya kini. Jadi Uncle harap kamu setuju atas hajat Uncle untuk kebaikan Lia.. " Ucap Dato' Fauzan panjang lebar pada Naqieb Asyraf yang memahami keadaan dan perasaan Dato' Fauzan terhadap Nurulia.
Naqieb Asyraf hanya diam mendengar kata-kata luahan Dato' Fauzan. Dia memang dah mengenali gadis itu sebelum ni, hal kerana dari Ryn Arish yang pernah menceritakan padanya untuk minta tolong awasi gadis itu walaupun dirinya tidak mengenali gadis itu. Dia hanya mendengar kata-kata dari kawan-kawannya mengisahkan tentang diri gadis itu dan gadis itulah yang dirinya dan pasukannya cuba awasi apabila gadis itu ada terlibat dalam salah satu kes mereka sehingga kini dia mengenali diri gadis itu sebenar. Niat hanya melindungi gadis itu sahaja.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...