Nurulia termenung sendirian. Dirinya mengambil ketenangan di swimming pool tersebut. Kedua kakinya direndamkan ke dalam air kolam itu.
Fikirannya terngiang akan kisah dahulu dirinya menetap di kampung. Nazri Dzulkarnain. Tidak menyangka, nama itu akan kembali menusuk ke telinga nya.
Mata dipejam seketika. Mengapa? Itu lah persoalan yang bermain di benak fikiran Nurulia.
"Eleh! Cengeng-cengeng kita pun suka kita juga." Ujar Nurulia berseronok bersama jejaka itu apabila mereka bersama pulang dari sekolah.
"Eleh! Perasan.." Balas Nazri bersama bibirnya yang dicebik.
"Eh? Tak nak eh? Tak nak takpe.." Nurulia melangkah laju menjauhi dari Nazri. Merajuk.
"Eh! Gila ke apa? Nak lah. Dahlah cantik. Pandai. Cengeng pulak tu.." Puji Nazri bersama mata yang di kenyit pada Nurulia yang sedang merajuk itu.
Nurulia tersenyum sumbing. Malah, dengan pantas wajahnya berubah dingin.
"Apa kau nak sekarang ni? Asal kau datang balik? Kau tahu kau ke arah jalan yang sesat. Kau khianati aku.." Luah Nurulia. Matanya memandang wajahnya yang terpantul air itu. Berkerut dahi Nurulia memandang wajahnya yang terpantul atas permukaan air itu.
"Kalau ngantuk tidur dalam bilik sayang. Kang tak pasal-pasal kepala kau yang berat tu jatuh dalam air.." Dingin Naqieb membuatkan Nurulia tersentak. Kepalanya di paling memandang Naqieb yang berdiri di sliding door.
"Mana ada saya tidur." Protes Nurulia.
"Ke kau nak aku bentang sleeping bag kat sini." Nurulia memandang Naqieb tajam. Naqieb hanya ketawa kecil lalu mendekati isterinya itu. Dilabuhkan punggung di sebelah isterinya.
"What are you thinking, sayang?" Nurulia terdiam seketika. Senyuman kecil terbit di bibirnya seketika lalu di geleng kepalanya membalas persoalan Naqieb. Bahawa dirinya tidak memikirkan apa-apa.
"I know you. Kalau dah macam nak masuk kepala dalam air tu. Nasib kepala tu tak berat dari badan." Selamba Naqieb mengutuk dirinya. Tangan Nurulia naik memukul bahu Naqieb akibat geram..
"Nurul tak percaya yang Nurul akan jumpa dia balik. Dia tahu dia memilih jalan yang salah." Luah Nurulia pada suaminya. Naqieb hanya mengangguk sekali. Kenal sekali sejarah gadis itu bersama jejaka itu.
Jejaka itu baik dengannya. Namun, jejaka itu telah memilih jalan yang salah akibat ingin memiliki isterinya.
"Siapa dia pada sayang? Teman lelaki?" Soal Naqieb bagi memiliki butiran lebih dan memberi isterinya meluahkan segala padanya. Tidak mahu isterinya menyimpan pendam dalam hati.
"Hampir. Saya hampir jatuh cinta pada dia, abang." Tersentak Naqieb seketika lalu dia mengangguk sekali. Matanya dilontarkan pada pemandangan di hadapan matanya. Akan kerana rumah mereka ditempatkan di bukit. Dapat melihat pemandangan yang indah.
Tidak lama selepas itu, Naqieb melepaskan tawa kecilnya membuatkan Nurulia hairan. Pelik melihat wajah suaminya yang ketawa kecil itu.
"Abang ketawa kenapa? Lawak ke?" Soal Nurulia polos.
"How you will love with that ugly man sayang? Tak hensem pun." Kutuk Naqieb bersahaja. Celopar mulutnya mengatakan.
"Eii! Mulut ni.." Tangan Nurulia ingin naik mencubit bibir suaminya. Tetapi, pantas Naqieb mengelak. Nurulia memutarkan bola matanya.
"Saya jatuh cinta dengan attitude dia. Kami kawan baik. Dia baik melayani Nurul sewaktu dulu. Kami bersekolah bersama. Makan, mengisi waktu bersama. Seperti kawan baik. Tetapi, kehidupan kami berubah sekelip mata. Dia bertindak untuk pindah dari kampung tu. Tinggalkan Nurul. Padahal, dia dah janji. Tak kan tinggalkan Nurul. I'm alone after that. Keadaan berubah bila pakcik dan makcik melakukan benda tidak baik.. " Luah Nurulia panjang lebar. Terngiang di fikirannya tentang kisah dahulu.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...