Nurulia perlahan-perlahan membuka matanya apabila dia tersedar dari lenanya dan cuba untuk bergerak apabila terasa di ruang dirinya berada sejuk. Mata gadis itu cuba diluaskan lalu matanya meliar melihat sekeliling ruangan bilik yang kelihatan usang dengan dipenuhi daun-daun yang menjadi corak di dalam ruang tersebut dengan dinding dan tingkap yang dilitupi bersama surat khabar.
"Aku kat.." Tergantung ayat Nurulia apabila terasa tangannya diikat ketat dari belakang membuatkan dirinya sukar bergerak. Nafasnya mula laju ditarik dan dilepaskan sambil mata melihat sekeliling ruang bilik tersebut.
"Takk.." Bergetar suara gadis itu untuk mengeluarkan kata sambil dirinya cuba lepas dari ikatan tali yang ketat itu namun tidak berjaya.
Pergerakan Nurulia terhenti apabila seseorang membuka pintu bilik dirinya berada lalu terjenggul seorang lelaki berbadan sasa bersama wajah yang dipakaikan kain bagi melitupi separuh wajahnya. Lelaki tersebut perlahan melangkah mendekati Nurulia.
"Lepaslah! Lepaskan aku!.." Jerit Nurulia sambil dirinya dibawa bersama keluar dari bilik usang tersebut. Dirinya terkedu seketika apabila kakinya sudah melangkah keluar dari bilik tersebut. Tona warna hitam putih itu menyerlahkan kemewahan ruang rumah tersebut. Seperti magik.
Nurulia dibawa menuju ke ruang tamu. Seorang lelaki yang duduk membelakanginya membuatkan Nurulia hairan seketika. Siapa lelaki itu? Apa yang lelaki itu mahu darinya?
Dilihat asap berketul- ketul dilepaskan dari bibir lelaki tersebut apabila lelaki itu sekilas memusingkan badannya menghadap dirinya. Nurulia diam. Matanya tajam memandang lelaki tersebut. Dirinya perlu kuat menghadapi situasi ini. Aku pasti..aku pasti Naqieb akan datang.
Mata lelaki memandang Nurulia dari bawah ke atas. Terbit senyuman sinis dari bibir lelaki tersebut. Miang..
Nurulia kini berasq tidak tenang apabila lelaki itu memandang dirinya dengan pandangan yang menggelikan bagi Nurulia. Dirinya tidak mampu melihat wajah lelaki tersebut. Dirinya perlu kuat sementara jika ada peluang untuk dia melepaskan diri.
Lelaki itu menghisap batang rokoknya lalu asap dilepaskan berketul-ketul ke udara.
"So..Ini dia Nurulia Alynna. You're so beautiful. That's because your uncle want you so much.." Ujar lelaki itu. Jelas didengari pelat cina dari suara lelaki itu. Seketika Nurulia terkedu. Pakcik?
'Tak mungkin. Ya Allah, aku bermohon. Tolonglah hambaMu yang dosa ini. Ya Allah..' Desis hati Nurulia berucap kepada Tuhan.
Lelaki cina itu bertindak mendekati Nurulia seraya tangan lelaki cina itu naik menyentuh pipi Nurulia. Nurulia cuba mengalihkan badannya untuk bergerak bagi mengelak sentuhan lelaki tersebut. Malah, lelaki sasa yang menjaga dibelakangnya membuatkan dirinya tidak mampu untuk elak dari sentuhan haram lelaki cina itu.
Tangan lelaki cina itu naik menyentuh selendang yang melitupi kepala Nurulia sehingga turun ke pipi dengan pandangan yang menggoda. Tidak boleh! Dirinya tidak boleh terus lemah. Dirinya perlu kuat. Kuat Nurulia!
"You are so beautiful. Really now I want you too.." Ujar lelaki cina itu mengatakan lalu memberi arahan kepada lelaki yang menjaga di belakang Nurulia untuk melepaskan pegangan dirinya pada Nurulia apabila Nurulia kini dilihat lemah dan ketakutan dengan tindakannya.
Tangan lelaki cina itu naik untuk membuka tudung Nurulia tetapi apakan daya Nurulia cuba untuk menguatkan dirinya dengan memijak lelaki cina dihadapannya lalu menendang kaki lelaki cina tersebut. Terus jeritan lelaki itu mengisi ruang rumah tersebut.
Lantas Nurulia bertindak melarikan diri keluar dari rumah besar tersebut apabila lepas dari tangkapan beberapa anak buahnya. Sehingga langkahnya memasuki kedalaman hutan menyebabkan dirinya tidak tahu hendak menuju ke arah mana. Dirinya terhenti seketika apabila jauh dirinya berlari.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...