Bab 35🕵️‍♂️

1.1K 68 1
                                    

       Keadaan menjadi huru hara dengan kawan mereka yang satu persatu muncul melihat mereka. Nurulia menepuk dahinya mendengar tuduhan dari mulut Aina. 

Gadis itu bersahaja muncul dan melontarkan tuduhan ke atasnya. Habis kesemuanya diceritakan kepada yang muncul mendekati mereka. 

Ameer dan Naqieb hanya berdiam. Tidak mahu mengeruhkan keadaan tanpa sebab. 

"Serius ah, Nurul?" Melopong bibir Malakai. Matanya silih berganti memandang Nurulia dan Naqieb. 

"Bapak ah. Takkan sekor ni tak cukup, Nurul? Apa laki kau yang menggerunkan bagaikan serigala kelaparan ni tak cukup ke untuk kau?" Pedas bibir Aqil mengatakan. Laki bini sama sahaja.

"Astagfirullah. Tak! Abang. Nurul tak buat benda macam tu. Nurul cuma nak tanya keadaan Ameer je.." Nurulia memegang tangan suaminya lalu digonyangkan bagi menjelaskan kebenaran. Naqieb hanya diam. Matanya hanya memandang Nurulia kosong.

Ameer tersenyum kecil. Sungguh baik hati gadis itu terhadapnya manakan mereka hanya berkenalan tidak begitu rapat.

"Tapi kau pegang tangan dia, ha.." Sambung Aqil lagi.

"Haih. Princess. Why you must do that? Kenapa tak aku? Aku tak kesah kalau kau nak pegang aku mana-mana.." Ujar Malakai membuatkan tangan Naqieb naik mengetuk kepala sahabatnya. Nurulia terdiam dengan cara Malakai padanya. Tangannya erat memeluk lengan suaminya.

"Kau kenapa? Jangan nak buat perangai s*al kau kalau tak nak kena penumbuk aku." Dingin Naqieb. 

"Ha tengok. Serigala dah mula melalak macam anjing." Selamba Malakai berkata. Naqieb bengang. Dirinya hanya menahan amarah untuk dilepaskan. 

Naqieb memandang tajam wajah Malakai. Lidah ditolak ke dinding pipinya. 

"Apa? Ha tengok. Serigala ni pandang aku macam aku ni makanan dia." Sambung Malakai lagi selamba.

"Serigala tu tunggu masa nak ngap kau. Baik kau diam." Dingin Ameer pula di situ. Jaket kulit ditubuhnya dibuka.

Malakai memandang Naqieb. Air liurnya kelat ditelan. 

"Kau ni badan je besar tapi perangai kau minta kaki dari aku. Kau jangan sampai hilang semua roti kau aku buat." Dingin Naqieb sambil menarik rambut Malakai kasar.

"Arghh! Sakit s*al. Kau takde rambut ke nak tarik rambut orang! Aku ni usaha tau dapatkan roti aku. Angkat turun pemberat tu." Gerang Malakai. 

"Atau rambut kau? Aku botakkan. Free of charge tanpa bayaran sebarang servis." Balas Naqieb sambil meletakkan kepala Malakai di celah ketiaknya. 

"Ah! Jangan b*b*! Kau ingat senang aku nak jaga rambut aku." 

"Takpe aku percantikkan lagi rambut kau. Kau nak sangat kan diri kau tu laku. Bini aku kau nak try. Mari aku cantikkan kau.." Ujar Naqieb sambil mengusap kasar rambut kawannya.

Aqil melepaskan ketawa besar sambil memegang perutnya. Lucu melihat karenah kawan baiknya. 

"Kecut roti member. Haha!.." Balas Aqil pula yang tidak jauh dari mereka. Mereka di situ hanya meletuskan ketawa.

Naqieb memandang Aqil tajam yang sedang seronok meletuskan tawa itu. 

"Noah! Bawa bini aku ke bilik aku. Lepastu, datang semula ke bilik discussion. Jangan lambat." Dingin Naqieb memberi arahan. Noah hanya mengangguk mengakur. 

"Settle kerja baru kita pergi main eh Kaipaima." Ujar Naqieb bernada menyeramkan. Naik bulu roma mendengari suara Naqieb yang bernada gerun itu. 

"Eh! Apa ni?" Pelik Aqil apabila kepalanya juga ditarik kasar oleh Naqieb. Menjerit dua ekor itu dalam genggaman Naqieb. Kaki mereka melangkah meninggalkan Nurulia bersama Ameer, Aina dan Noah.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now