Permulaan hari bekerja Nurulia telah tiba. Awal lagi dirinya hadir awal ke pejabat.
Jari runcing yang menaip di papan kekunci terhenti seketika apabila sesuatu bermain di mindanya. Entah mengapa perkara itu masih bermain di fikirannya.
Apa yang diberi oleh Naqieb tidak melengkapi kehendaknya?
Jejaka itu masih berbual dingin dengannya. Entah mengapa jejaka itu serta merta bertukar mood.
Keluhan dilepaskan dari bibir Nurulia.
"Amboi. Mengeluh dia tuu.." Tegur Rehanna mengejutkan Nurulia. Nurulia tersentak dari lamunannya. Dirinya kembali dalam dunia realiti.
"Kau okay tak ni? Kenapa ni?.." Dahi Rehanna berkerut memandang wajah Nurulia yang tidak ceria seperti sebelum ini. Apa pengantin baru tiada mood?
"Takde apa-apa.." Perlahan Nurulia membalas. Tangannya kembali menyambung kerjanya.
"Yelah tu! Bukan nak cerita tau. Dah dapat suami kacak sampai kawan sebelah kau ni di abaikan tanpa cerita.." Bebel Rehanna berada merajuk.
"Mana adalah! Kau pun jangan nak merajuk jugak dengan aku. Penat nak pujuk.." Jawab Nurulia malas sambil menyusun fail di atas mejanya.
"Apa maksud kau aku pun nak merajuk?.." Rehanna pantas menangkap di fikirannya.
"Takde apalah.." Balas Nurulia bernada malas untuk membuka ceritanya.
"Kau ada masalah ke dengan sesiapa?.." Soal Rehanna lagi ingin tahu. Di dalam kepala otaknya ligat ingin tahu perkara apa lagi yang disimpan. Sikap suka menyimpan rahsia.
"Takdelah.."
"Kau nampak tak monitor pc depan kau tu?.." Rehanna menunjukkan jarinya pada monitor dihadapannya lalu Nurulia menayangkan wajah hairannya pada Rehanna.
"Jangan sampai muka kau melekat kat monitor tu dengan mekap kau sekali terlekat kat monitor tu.." Ugut jelas Rehanna bernada geram. Dirinya bukan untuk busy body tetapi menganggap Nurulia sebagai keluarganya. Apa masalah tentang gadis itu menjadi utamanya juga. Dirinya tidak mampu untuk melihat keadaan Nurulia yang seperti dahulu. Cukup dirinya cuba untuk menguatkan semangat gadis itu sehingga mampu menguatkan dirinya kini.
"Jahat kau kan! .." Nurulia ketawa kecil seraya mencebik.
"Kau pun sama.." Lawan Rehanna selamba.
Nurulia hanya memutarkan bola matanya kembali tangannya ligat menyambung kerja tergendala sebentar tadi.
"Kau bergaduh dengan siapa? Lain macam kau harini. Sampai malas nak layan aku. Suami kau eh? Tapi baru je korang kahwin takkan tiba-tiba bergaduh kut? .." Teka Rehanna. Nurulia hanya diam.
"Bagitaulah weh! Aku ni kawan kau tau.." Renget Rehanna ingin tahu apabila gadis itu hanya diam mengendahkan dirinya.
"Ya aku bergaduh dengan suami aku. Puas.. Tapi jangan bagitau sapa-sapa. Encik Arish pun.." Bisik Nurulia perlahan memberitahu perkara sebenar apabila Rehanna tidak mengalah ingin tahu perkara sebenar.
"Asal? Korang buat apa sampai bergaduh? Siut kau baru kahwin korang ni tiba-tiba bergaduh. Mustahil.." Ujar Rehanna mengerutkan dahinya.
"Aku..Aku.." Ragu Nurulia ingin menyampaikan lalu bawah bibirnya digigit.
"Cakap jelah aku..aku.. " Tegas Rehanna bernada geram sambil mengajuk kata-kata gadis itu. Tetapi bibir gadis itu tidak mampu untuk menyampaikan.
"Kau tolak apa dia nak ehh?.." Teka Rehanna selepas beberapa minit mereka berdiam membuatkan Nurulia terkejut.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...