Pada awal pagi dirinya bangun menghidangkan sarapan pagi untuk penghuni di rumah tersebut manakan dirinya juga perlu ada tanggujawab sebagai seorang perempuan di rumah itu. Jadi anak dara perlulah rajin.
Kawan baiknya seperti biasa sudah awal pagi bangun bersarapan menjamu hidangan yang dihidangkan olehnya.
"Rindu Aina.." Renget Emylia dengan melentokkan kepalanya di meja makan.
"Ehh eleh rindulah konon. 4 hari lagi Aina dah boleh keluar hospital dah.." Kelat wajah Saleha lalu mencedokkan nasi goreng yang dimasak oleh Nurulia ke dalam pinggannya.
"Kejap lagi aku keluar lawat Aina.." Nurulia membuka mulutnya.
"Dengan siapa?.." Soal Emylia.
"Sendirilah.."
"Kau nak kena pelengkong dengan Naqieb ke?.. " Celah Saleha mengingatkan tentang jejaka itu pada Nurulia membuatkan Nurulia mengeluh.
"Kau tahu kan mana kau pergi mesti dia kena ada. Mahu dia melalak tanya mana kau. Risau banget.." Sambung Emylia lagi kerana dia sudah mengenali Naqieb Asyraf yang mula mengambil tugas menjaga kawan baiknya itu. Penceritaan mereka yang disimpan kini terbongkar pada mereka. Nurulia terlibat dalam misi jejaka itu, dan jejaka itu perlu bertugas dalam menjaga keselamatan gadis itu.
"Siap warning kat kitaorang lagi.. " Sambung Emylia membuatkan Nurulia terkedu apabila teringat mereka telah mendapat amaran dari mesej yang didapati setiap seorang dari mereka. Dengan tegas jejaka itu meningkatkan keselamatan gadis itu dengan memberi amaran pada mereka untuk selalu peka pada keadaan Nurulia. Jejaka itu cukup tegas dan dingin.
'Lain macam mamat tu..' Desis hati Nurulia. Air liur ditelan keras.
"Korang tak ikut ke?.. " Soal Nurulia menukar topik tentang jejaka itu sekilas.
"Esok, sebab nak beli barang dapur harini so esok nak masak something untuk Aina. Bagi dia merasa sikit. Takdelah meraung duduk hospital tu. Takpelah kau pergi dulu.. " Ujar Saleha pada gadis itu bahawa dirinya tidak mahu pergi lagi berjumpa dengan kawannya. Memberi ruang Aina bersama Aqil Qalish untuk bermesra daripada asyik bergaduh je. Baharu tunang. Belum berkahwin. Jadi malapetaka hidup Aqil.
Nurulia mengangguk memahami. Hari cutinya ini niat ingin mengisi masa bersama Aina di hospital.
Termenung Nurulia di dalam kamarnya sambil memandang telefon pintarnya yang lama itu. Lama merenung telefon pintarnya.
"Perlu ke aku bagitau dia? Hmm.." Ngomel Nurulia seorang diri memikirkan keputusannya. Skrin telefonnya dibuka untuk menghubungkan perbualan bersama Naqieb. Laju membuat keputusan dengan hanya melawat Aina sahaja. Sekurangnya dah bagitau dia akan keluar bukan menyusahkan jejaka itu untuk sentiasa mengawasinya.
Laju jari runcingnya taip di papan kekunci.
Assalammualaikum, awak? - Nurulia Alynna (10:40 a.m)
Nurulia mengisi masanya untuk melipat segala pakaian dirinya yang telah di cuci sambil menunggu balasan mesej dari Naqieb.
Setelah beberapa minit, telefonnya menerima deringan pendek menandakan mesej masuk dari seseorang. Segera tangan mencapai telefonnya semula.
Waalaikummusalam, Asal? - Mamat Poyo (10.52 a.m)
Laju jari runcing gadis itu menekan papan kekunci di skrin telefonnya untuk membalas.
Awak busy ke? - Nurulia Alynna (10.52 a.m)
Sikit.. - Mamat Poyo (10.53 a.m)
Saya nak pergi jumpa Aina kat hospital. Naik grab atau teksi. Saya hanya bagitau awak. Awak tak perlu fikir tentang saya. Nombor awak saya ada, masalah apa-apa saya call awak ok.. - Nurulia Alynna (10.54 a.m)
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomansaKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...