Bab 29🕵️‍♂️

1.3K 72 4
                                    

Lega hati Nurulia apabila kerjanya selesai akhirnya. Fail yang telah disusun lalu diasingkan untuk dihantar kepada tuan pengurusnya. Perlahan kakinya dibuka melangkah menuju ke pejabat Arish.

Pintu bilik Arish di ketuk perlahan. Setelah itu, dirinya terus melangkah masuk apabila suara Arish kedengaran dari dalam bagi membenarkan dirinya masuk.

"Encik Arish ni fail dia.." Ujar Nurulia lalu memberi fail yang telah siap itu kepada Arish.

"Okay! Thanks Nurul.." Ucap Encik Arish setelah itu Nurulia meminta dirinya untuk beredar.

"Eh wait Nurulia. Awak dibenarkan berhenti kerja. Dan esok mungkin terakhir awak disini.." Pantas Nurulia mengangguk. Sungguh cepat permintaan itu ditunaikan. Entah mengapa dirinya berasa sedih. Sedih untuk meninggalkan kerja yang sudah bertahun berkhidmat.

"Saya minta maaf ya Encik Arish.."Ucap Nurulia akan kerana dirinya terpaksa atas permintaan Naqieb.

"It's okay Nurulia. I'm okay. Just your partner gonna miss you. Alone.." Nurulia menundukkan wajahnya seketika. Tidak tahu apa reaksi Rehanna bila ketahui hal ini. Dirinya enggan untuk mengujarkan pada sahabat kerjanya yang anggap sahabat sejati itu.

"Anyway, ia mampu menjamin keselamatan awak juga. Kerana kita tidak tahu teknik bijak dia untuk dapatkan awak dan musnahkan kami. Just take care of yourself together with Naqieb.." Nurulia mengangguk. Amat terhutang budi pada sepupunya.

"Baik Encik Arish. Saya mintak maaf juga kalau saya ada menyusahkan Encik Arish bersama staff di pejabat ni dan terima kasih banyak-banyak Encik Arish.. " Ucap Nurulia bernada lembut pada Arish.

"No problem for me, Nurulia. I wish you happy life with your lovely kerek husband.." Ujar Arish lagi sempat mengutuk suami sepupunya itu.

Nurulia terhambur ketawa kecilnya mendengar kutukan Arish kerana dirinya juga memahami pendirian suaminya.

"Bukan salah saya nak mengutuk suami awak. Dia pun pernah mengutuk saya selamba badak dia so saya ada peluang depan isteri dia sekarang ni.. " Ujar Encik Arish selamba. Tubuhnya perlahan bangun dari duduk seraya menyenderkan dirinya di tepi meja.

"Haha.. Saya tak kesah Encik Arish. Encik dengan Naqieb seperti kawan rapat. Saya berterima kasih banyak-banyak pada Encik Arish kerana beri saya peluang bekerja disini.. " Ucap Nurulia penuh makna pada Arish.

Jikalau Arish tiada. Dirinya tiada keperluan yang cukup untuk menampung kehidupan mencari duit. Banyak jasa dirinya pada Arish. Sungguh terhutang budi akan kebaikan jejaka itu padanya.

"Nothing for me. You my cousin so tak salah kita saling menolong. Apa-apa awak boleh juga direct pada saya.. And Nurulia.. " Ayat Arish terhenti membuatkan Nurulia memandangnya. Keningnya dijongket menunggu jawapan yang ditutur dari bibir Arish.

"Thank you for your responsible in this company.." Ucap Arish dengan senyuman manis. Nurulia membalas senyuman sepupunya. Ayat itu membuatkan dirinya berasa lega dalam berjaya menyelesaikan tugasnya disini dengan baik. Dirinya berasa bangga kini.

Mata Nurulia melihat wajah Rehanna yang sedang merajuk itu. Dilihat gadis itu sedang merajuk sambil menyilangkan tangan di dada bersama bibirnya dicebik. Nurulia perlahan cuba memujuk Rehanna.

"Aku minta maaf Hanna. Jangan lah marah. Kau merajuk ya. Meh sini aku tolong pujuk kau. Nanti aku belanja kau Starbucks ok.." Lembut Nurulia memujuk Rehanna itu. Malah, tiada kesan dilihat.

Gadis itu hanya diam membuat halnya sendiri. Nurulia melepaskan keluhan.

"Kau tahukan keadaan aku. Kau sendiri cakap aku kena ikut cakap suami aku. Mungkin dia buat yang terbaik untuk aku.." Lembut Nurulia menyampaikan. Menjelaskan bahawa dirinya juga tidak mahu berhenti malah ia mungkin kebaikan dirinya.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now