Nurulia menyiapkan dirinya untuk pergi ke tempat kerja. Shawl biru cair menjadi pilihannya dengan dikemaskan menutupi kepalanya bersama senyuman yang seri di bibirnya. Kemudian, kakinya melangkah menuruni tangga. Matanya melihat ruang tamu yang kosong tiada berpenghuni.
Nurulia awal mengesan bahawa kawannya sudah awal bergerak ke tempat kerja. Jadi dirinya perlu bertanggungjawab memastikan segala elektrik di rumah ditutup apabila tiada penghuni di rumah tersebut.
Kakinya menyarung kasut tumit tinggi miliknya sambil melihat kaca telefon yang sudah menempah grab untuk ke tempat kerja. Terpaksa mengeluarkan duit untuk ke tempat kerja.
Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Nurulia berada membuatkan perhatian gadis itu tertarik lalu segera mendekati pagar rumah sebelum dikunci.
"Cik Nurulia Alynna?" Sebut pemandu itu kepada Nurulia apabila pemandu itu menurunkan kaca tingkap kenderaan tersebut.
"Ya saya!" Jawab Nurulia bersama senyuman lantas memasuki perut kereta.
Diri Nurulia yang mendapat tawaran untuk bekerja di bawah seorang anak Dato' di RYN Holdings yang terkenal dengan perkongsian syarikat bersama Dato' yang terkaya di Malaysia iaitu K' ASY Holdings. Mujur, dirinya mendapat melangkah masa depan yang baik.
Kaki Nurulia kini sudah menjejak kaki di syarikat terkenal tersebut dengan perasaan penuh keyakinan apabila wajahnya menjadi tarikan ramai pekerja di situ. Akan kerana di mata mereka gadis itu sungguh cantik dengan senyuman. Gadis itu kelihatan bersemangat pada harini.
Nurulia mendekati meja kerjanya sambil tangannya lihat mengeluarkan fail yang menjadi tumpuannya untuk harini. Secara tiba-tiba telefon pintarnya mendapat deringan dari seseorang membuatkan senyumannya terukir kembali di bibir.
"Ya? Waalaikummusalam. Kenapa?"
"Dah sampai office?" Soal Emylia di talian yang juga sibuk melakukan kerjanya. Dirinya sempat menelefon Nurulia akan kerana ia sudah menjadi tabiat dirinya terhadap gadis itu.
Gadis bernama Emylia itu sungguh prihatin mengambil berat tentangnya.
"Dah!" Sepatah Nurulia membalas dengan membalas senyuman terbit di bibirnya apabila mempunyai pekerja yang melintasi mejanya. Mejanya yang berdekatan dengan tuan pengurusnya selalu menjadi tumpuan apabila selesai berurusan dengan tuan pengurusn mereka.
"Okay! Nanti balik, jaga diri baik-baik. Hati-hati tau." Nasihat Emylia di talian.
Ya..Bye!" Nurulia mematikan talian. Dirinya segera menyambung kerjanya. Ligat tangannya membuka komputer riba di hadapannya.
"Amboi! Busy betul minah ni." Tegur Rehanna mendekati meja disebelah gadis itu. Manakan meja mereka bersama sebagai pembantu pengurus RYN Holdings. Begitu istimewa mempunyai dua pembantu.
"Hehe! Encik Arish okay ke?" Soal Nurulia pada kawan sekerjanya tentang tuan pengurusnya yang bernama Ryn Arish.
"Okay! Dia pun macam stress juga aku tengok.." Jawab Rehanna membuatkan Nurulia berasa mula risau.
Mana tak risau, dinding yang menjadi penghadang di mana kedudukan meja dirinya bersama Rehanna hanya melalui kaca sahaja jadi dirinya dapat mencuri melihat keadaan Encik Arish yang serabut itu.
Ryn Arish yang berkhidmat di syarikat terkenal ternama RYN Holdings ini menjadi tarikan ramai juga kepada syarikat terkenal dan terkaya yang diketahuinya telah berkerjasama untuk menubuhkan beberapa buah cawangan bangunan dari kerjasama dua syarikat ternama ini.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...