Nurulia hanya menunggu sambil menenangkan dirinya dibawah penghawa dingin. Dirinya secara spontan terkejut apabila seseorang mengetuk tingkap kereta tempat duduknya.
Seorang lelaki dengan pemakaian kusut masai melambaikan tangannya seperti memanggil Nurulia untuk keluar dari kereta tersebut. Wajah Nurulia berubah hairan.
Sempat dirinya berfikir sejenak dengan positif. Kita tidak ketahui bahawa niat lelaki itu ingin meminta tolong.
Mata Nurulia beralih memandang ruang masuk surau yang masih kosong mengharapkan Naqieb keluar jikalau diri jejaka itu sudah menunaikan kewajipannya tetapi susuk tubuhnya masih tidak kelihatan.
Mata Nurulia kembali memandang lelaki yang memanggilnya seperti meminta tolong itu seraya Nurulia tanpa berfikir membuka kunci kereta. Tubuhnya perlahan keluar dari perut kereta tersebut.
"Ya Encik? Encik nak saya tolong apa-apa ke?.. " Lembut Nurulia cuba berhadapan dengan lelaki tersebut.
Tanpa disangka, secara pantas lelaki itu mengapai tangan Nurulia membuatkan gadis itu terkejut dengan tindakan lelaki itu padanya.
Tangan Nurulia meronta-ronta cuba di lepaskan tetapi tidak berjaya sehingga bulu romanya mula naik dan mula rasa ketakutan.
"Tidak.."
Lututnya mula berasa longgar. Dirinya kian lemah. Tidak mampu melawan kekasaran lelaki tersebut.
"Encik! Lepaskan saya.." Bergetar suara Nurulia meminta pada lelaki itu tetapi kuat lelaki itu mengenggam lalu menarik dirinya seperti membawa dirinya keluar dari kawasan surau itu.
"Encik nak bawa saya pergi mana? Lepaskan saya.." Air mata Nurulia mula bertakung dengan suara cuba di kuatkan supaya ada orang datang menyelamatkan dirinya. Akan kerana dirinya yang mula berasa lemah. Trauma menyelebungi tubuhnya dan menganggu mindanya mengingatkan peristiwadahulu.
"Encik lepaskan saya!" Nurulia dengan kuat menepis tangannya. Akhirnya tangannya dilepaskan oleh lelaki tersebut.
Tetapi tanpa disangka, Nurulia menjadi kaku. Kakinya tidak mampu bergerak apabila tajam pandangan yang didapati oleh lelaki tersebut.
"Hmm.." Bunyi lelaki itu membuatkan bulu roma Nurulia semakin naik lalu cuba mengapai tangan Nurulia. Secara spontan Nurulia mengelak gapaian lelaki tersebut.
" Nurul!" Jerit seseorang mengejutkan Nurulia apabila jejaka itu menerpa ke arah mereka. Dengan segera kaki Nurulia kini mampu membuka langkah mendekati Naqieb. Dirinya berlindung di belakang Naqieb. Tangan yang sakit diurut perlahan.
Tanpa disangka lelaki itu membuka langkahnya laju mendekati mereka berdua apabila lelaki itu apabila lelaki itu cuba mengapaikan tangan mendapatkan Nurulia. Secara pantas Naqieb menepis tangan lelaki tersebut.
Lama mereka memandang sekilas wajah lelaki itu berubah dengan senyuman terbit di bibirnya. Naqieb mula hairan sehingga dia dapat mengesan wajah lelaki tersebut.
Adakah lelaki itu tidak waras?
Nurulia terkejut memandang wajah Naqieb yang mengerling padanya.
"Naqieb?" Tegur seseorang yang muncul menghampiri mereka berdua. Naqieb terkejut seketika sehingga mengundurkan langkahnya.
Ketakutan yang masih dirasai pada diri Nurulia kini membuatkan erat genggaman pada lengan Naqieb yang berlapik baju kemeja itu. Tertangkap bau wangian maskulin milik Naqieb yang mampu menenangkan dirinya.
"Makan.. Makan!" Minta lelaki itu pada seorang tok imam yang menghampiri mereka.
"Iya. Iya. Bawa dia makan di dapur belakang surau.." Ujar Tok Imam pada dua orang lelaki yang berada di belakangnya. Tanpa membalas apa-apa, dua lelaki tersebut hanya mengakur arahan tok imam dengan membawa lelaki tersebut memasuki belakang surau.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...