Nurulia segera menyiapkan dirinya. Tudung bawal merun yang melitupi kepalanya dikemaskan.
Telefon Nurulia berdering menandakan panggilan masuk. Nama yang tertera di skrin telefon membuatkan Nurulia tersenyum seketika lalu di angkat panggilan tersebut.
"Kau dah siap belum?" Soal Naqieb dalam talian tanpa salam. Sungguh dingin nada suara jejaka itu.
"Baru je siap. Awak tak nak bagi nombor telefon kawan awak tu kat saya ke? Senang nanti saya nak call dia. Takde lah kacau awak kerja.."
"Tak payah. Aku bernyawa lagi kat sini. Aku je yang sampaikan kat dia. Kau tak payah nak ajak dia melencong tempat lain kalau tak nak kena terkam dengan aku." Nurulia menelan air liurnya kesat. Sungguh dingin suaminya kini.
"Saya nak jumpa kawan-kawan saya je. Kalau balik nanti awak mampu, bawa lah saya balik. Awak datang kat saya. Saya tak nak juga orang lain selain awak ada dengan saya. Saya tak kenal adryan tu.."
"Tak perlu kenal. Dia kawan aku. Aku tahu diri dia macam mana. Nanti aku dah free aku ambil kau.." Nurulia mengangguk sambil berbunyi membalas kata-kata Naqieb di talian.
"Awak kerja elok-elok. Jangan cederakan diri.." Pesan Nurulia di talian.
"Ya. Kau jaga diri juga.." Pantas Naqieb mematikan talian.
Tidak lama selepas itu, deringan kecil masuk menandakan mesej masuk. Mesej yang didapati oleh Naqieb dibuka.
"Dia ada kat bawah. Jaga diri kau elok-elok.." - Suami tercintahh (2.35 p.m)
Pantas jari runcing Nurulia menaip sebelum penyataan 'online' di matikan.
"Okay! Awak pun sama tau. Tak nak awak sakit juga. Balik dengan keadaan selamat.." - Nurulia (2.35 p.m)
Dengan pantas, Nurulia keluar dari bilik menuruni tangga untuk menuju ke pintu rumah. Matanya meliar mencari kelibat Datin Suhaila di ruang tamu dan dapur. Malah, tiada satu batang hidung dijumpai.
Nurulia melangkah menuju ke halaman belakang rumah. Terlibat Mak Minah yang sedang sibuk menyiram pokok-pokok bunga yang tersusun rapi menyerikan halaman rumahnya.
"Mak Minah.." Nurulia menghampiri wanita tua itu.
"Ya nurul.."
"Nurul nak keluar. Nak jumpa kawan nurul lepas kejadian haritu. Rindu sangat kat diorang.." Ujar Nurulia beralasan.
"Yelah. Kamu hati-hati kat luar tu ya. Jangan terlalu gembira sangat. Baru lepas sembuh ni, ya.." Lembut Mak Minah.
"Baik Mak Minah. Nurul minta diri dulu.."
"Yelah.." Perlahan Nurulia mengundurkan langkah. Langkah segera keluar dari rumah. Matanya melihat sebuah mustang memarkir tepat di hadapan rumah.
Nurulia segera melangkah mendekati sehingga matanya terpana pada seorang jejaka yang berdiri menyandarkan tubuhnya pada katil sambil memandang dirinya apabila pagar rumah automatik dibuka. Perlahan kakinya menghampiri jejaka itu. Jejaka itu sungguh kacak.
"Awak Adryan ke?" Jejaka itu mengangguk.
"Suami kau memang perangai s*al jadikan aku driver kau.." Dingin jejaka itu
Terdiam seketika apabila mendengar ayat pedas jejaka itu. Memang patut pun jadi kawan. Geng sekepala."Kalau awak tak sayang dia awak tak akur.." Adryan Hyder hanya memutarkan bola matanya.
"Kalau kau sayang dia kau patut ikut cakap dia.." Nurulia tersentak. Terasa dengan kata-kata pedas Adryan. Wajah Nurulia menunduk seketika.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...