Bab 36🕵️‍♂️

1K 65 6
                                    

         Salam yang diberi bersama kaki kanan yang melangkah masuk menarik perhatian penghuni di rumah tersebut. Mata mereka bedua terpana pada wanita yang disayangi menerpa ke arah mereka. Senyuman manis itu sentiasa menghiasi keindahan mata mereka.

"Anak menantu mama.." Bahagia wanita itu melihat anak dan menantunya berada di hadapan mata. Tubuh menantunya dipeluk erat. Sungguh rindu akan tuan badan itu.

Naqieb hanya melihat keindahan di hadapan matanya lalu senyuman terbit di bibirnya. Nurulia menguntumkan senyuman buat ibu mentuanya. 

"Risau mama dengan kamu berdua. Kamu okay hm?" Kepala Nurulia yang dililit tudung bawal itu diusap perlahan. 

"Nurul ok ma. Jangan risau, mama." 

"Hai.. menantu mama je? Anak lelaki dia dah diketepikan dah." Datin Suhaila memandang Naqieb tajam. 

"Mana boleh mama ketepikan anak kacak mama." Ujar Datin Suhaila. 

"Ha yelah mama. Memang Naqieb je." Seseorang mencelah menghampiri mereka bertiga. Mata Nurulia terpana pada tubuh yang perlahan menghampirinya bersama perut yang sudah bonyot. 

"Kakak Qaisha!" Teruja Nurulia menghampiri kakak iparnya yang mengekek turun dari tangga bersama suaminya di sebelah. Qaisharina hanya ketawa kecil. Dirinya turut gembira dapat bertemu gadis comel itu semula. 

Tubuh gadis comel itu dipeluk erat dari sisi akan kerana perutnya yang sedang membonyot sedikit itu. 

"Datang dengan suprise eh? Dah bonyot macam dugong baru datang nak buat suprise." Selamba Naqieb mengusik. Tangan Datin Suhaila naik mencubit kuat lengan Naqieb. 

Rafique hanya ketawa besar mendengar kata adik iparnya. Sudah mengetahui diri adik iparnya itu. Mulut Qaisharina sudah mencebik. 

Naqieb mengaduh sakit sambil mengusap lengannya yang dicubit kuat oleh ibu tirinya itu. Berkerut dahinya memandang ibu tirinya itu. 

"Mulut kamu ni, mama nak kena pergi buat insuran tahu. Mulut kau kalah makcik bawang yang suka mengumpat tu tahu!" Balas Datin Suhaila bernada tegas. 

"Benda betul lah. Tengok! Dah tak rupa orang sebetulnya. Dugong pun nampak cantik dari kakak ni." Terkejut Nurulia dengan ujaran suaminya. 

"Kamu ni!" Tangan Datin Suhaila naik lagi mencubit kuat lengan Naqieb. Naqieb mengaduh kesakitan lagi. Kalini mengerang lebih kuat. 

"Kau ni Qieb. Apa yang tak puas hati dengan kakak hah?! Nak lawan? Meh sini!" Tegas Qaisharina perlahan mendekati adik kandungnya. Kelihatan comel dengan ketinggian rendah dari adiknya. Kedua lengan baju disenseng sambil mencekak pinggang. Merubah gangster sekelip mata di hadapan adiknya. 

Naqieb memandang kakaknya yang rendah itu atas bawah dengan mata helangnya. Tangannya perlahan mengusap lengannya yang dicubit oleh ibu tirinya.

"Eii, tak padan dengan kecil bonyot nak lawan aku." Selamba Naqieb berkata. 

"Apa?!" Tangan Qaisharina hampir naik ingin menyerang Naqieb malah tidak berkesempatan apabila suaminya menghalang. 

"Eh! Sayang..fikir diri awak tu mengandung.Jangan nak lawan-lawan orang." Ujar Rafique menghalang isterinya berbuat demikian. 

"Apa? Ingat perempuan bonyot ni tak boleh nak lawan orang ke? Hempap badan dia retak sendi, tulang rusuk dia.." Geram Qaisharina. Naqieb di belakang Rafique hanya ketawa kecil.

Dirinya suka mengusik kakaknya sejak dari kecil lagi. Kakaknya tidak mengalah melayan karenahnya apabila mereka bersama sehingga kini sudah kahwin dan hampir ingin melahirkan cahaya mata pertama.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now