Nurulia akhirnya selamat sampai di hadapan hospital lalu melangkah laju memasuki ruang hospital apabila lokasi sahabatnya berada telah diberi oleh Saleha kepadanya.
Kakinya melangkah ke sebuah wad yang diterakan nama kawan baiknya ' Aina Aqilah Milayna' lalu dirinya bertindak memasuki wad tersebut. Wajahnya dijengul di muka pintu.
Semua mata disitu tertarik pada dirinya yang memasuki wad. Dirinya terkejut melihat Aqil bersama Naqieb di situ membuatkan fikiran Nurulia tertanya mengapa dua jejaka itu ada bersama Aina jikalau tentang Aqil ia mungkin memberi logik pada dirinya tetapi Naqieb yang masih dilihat wajah dinginnya.
Dilihat wajahnya seperti masih marah akan gadis itu tetapi Nurulia hanya mengendahkan sahaja manakan dirinya hanya memikirkan tentang Aina yang terlantar di atas katil hospital.
Emylia menarik lagi tirai langsir untuk memperluaskan ruang di dalam wad tersebut. Segera kaki Nurulia melangkah mendekati Aina yang terlantar di atas katil hospital.
"Aku okay Nurul. Jangan risau.." Ujar Aina yang dapat mengagarkan perkara yang bermain di fikiran Nurulia.
"Apa jadi ni?" Mata Nurulia beralih memandang Emylia dan Sal di sebelah katil lalu mendiamkan diri sahaja.
"Uumm, takde apa cuma cedera biasa je.." Celah Aina.
"Bila kau boleh balik?" Soal Nurulia risau lalu mata Aina beralih memandang Aqil. Memahami pandangan Aina, pandangan Nurulia beralih memandang Aqil untuk menjawab persoalannya sebentar tadi.
"Minggu depan.." Sepatah Aqil menjawab dengan senyuman kecil diberi.
Dilihat Naqieb yang masih berwajah dingin melirik matanya seketika memandang Nurulia tetapi sekilas pandangan matanya dialihkan apabila Nurulia menangkap pandangan matanya.
Nurulia mengambil kesempatan dirinya untuk keluar bersama Emylia dan Saleha. Tidak tahu mengapa dirinya berasa tidak kena akan situasi ini. Seperti ada sesuatu yang terjadi disebalik kejadian yang terjadi pada Aina.
Bagaimana Naqieb boleh berada di hospital sedangkan jejaka itu baharu sahaja menghantar dirinya pulang ke rumah?
Bagaimana jejaka itu bersama dengan Aqil mengetahui tentang keadaan Aina di hospital?
Itu yang mencurigakan Nurulia kini kerana dirinya mengesyaki sesuatu yang terjadi disebalik tiga manusia itu tanpa menyampaikan apa-apa pada mereka.
" Aku tak kesah aku nak nak tahu jugak apa yang jadi sebenarnya. Kalau cedera biasa esok lusa boleh keluar tau. Aku rasa lain macam situasi sekarang ni.. " Luah Nurulia pada dua sahabat yang bersamanya di luar apabila dirinya mengesyaki sesuatu yang misteri disebalik kejadian pada Aina kini.
"Nurul, tenang dulu. Mungkin apa Aqil cakap tu betul. Aqil cakap Aina cedera biasa.." Lembut Emylia menenangkan gadis yang seperti tidak puas hati itu.
"Bukti? Bukti Aina cedera biasa? Ada dengar apa yang doktor cakap? Takkan?" Jerkah Nurulia dalam keadaan yang serabut dalam pemikirannya.
Saleha dengan Emylia geleng menjawab.
"Habistu? Aku tak kira aku nak jumpa doktor tanya dia hal sebenar.." Ujar Nurulia lalu kakinya melangkah menuju ke kaunter yang dikhidmat oleh jururawat yang bertugas disitu.
"Nurul wait!.." Tergesa Saleha mengejar kawan baiknya itu yang bergegas ke kaunter jururawat untuk membongkarkan perkara yang terjadi pada Aina manakan dirinya tidak mahu terjadi perkara yang diluar jangkaan apabila melihat Nurulia mula yang tidak tenang itu.
"Maaf. Saya nak bertanya tentang kecederaan pada pesakit iaitu kawan saya Aina Aqilah Milayna yang ada di wad 402.." Pinta Nurulia lembut pada jururawat tersebut.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...