Bab 4🕵️‍♂️

1.4K 93 5
                                    

          Seseorang mengetuk pintu bilik pejabatnya membuatkan lamunannya tersentak seketika melihat pemandangan seluruh Kuala Lumpur pada tingkap besar di bilik pejabatnya.

"Masuk!" Arah jejaka itu dengan suara garaunya memberi jawapan kepada seseorang yang mengetuk pintu biliknya pejabatnya.

Seorang gadis yang cantik bertudung dengan pakaian bekerja menerpa ke arahnya.

"Encik Naqieb?" Tegur gadis itu dan Naqieb Asyraf menoleh memandang gadis itu. Seketika mata coklat terang jejaka itu kembali memandang tingkap besae pejabatnya.

"Encik Naqieb panggil saya?" Naqieb Asyraf hanya menjawab dengan anggukan sekali.

"Khairin? Awak dapat panggilan dari Dato' Kamal tentang schedule saya harini?" Soal Naqieb Asyraf sambil berdiri menyelupkan tangan ke dalam poket seluarnya.

"Saya tidak dapat apa-apa maklum dari Dato' Kamal untuk Encik Naqieb.."Jawab gadis bertudung yang berkacukan mat salleh itu dari soalan anak tuan pengurus syraikatnya itu. Kedengaran keluhan yang dilepaskan oleh bibir anak tuan pengurusnya itu.

"Encik Naqieb nak saya tolong apa-apa ke?" Gadis itu cuba menawarkan dirinya untuk membantu apabila melihat wajah tuan pengurusnya dalam keadaan serabut.

"It's okay! Awak boleh pergi.." Selepas gadis itu keluar dari pejabatnya Naqieb Asyraf mengambil Iphone 12 nya lalu membuka.

Menilik satu persatu nama di kaca iPhonenya dan jarinya di tekan pada nama 'Papa' untuk membuat panggilan. Bunyi di talian bertukar dengan suara garau dari papanya yang menjawab panggilannya.

"Hello?" Sapa Kamal di talian.

"Assalammualaikum, papa?" Salam diberi dari Naqieb Asyraf.

"Waalaikummusalam, ya Naqieb?"

"Papa kat mana? Naqieb ada urusan kat balai polis. Qieb perlu ke balai segera untuk laporkan diri.." Ujar Naqieb Asyraf dari soalan papa nya.

"Papa on the way sampai pejabat ni, Takpe kamu boleh pergi balai. Hati-hati.." Pesan Kamal pada anak terunanya.

"Baik papa! Thank You Papa.." Jawab Naqieb Asyraf di talian panggilan lalu talian dimatikan. Naqieb Asyraf segera berjalan keluar dari pejabatnya kemudian menuju ke meja pembantunya.

"Khairin? I'm out. In a few minute Dato' will come.." Dingin Naqieb Asyraf kepada pembantunya.

"Baik Encik Naqieb, tapi Encik Naqieb kalau Dato' tanya tentang Encik?" Soal gadis yang berkacukan mat salleh yang bernama Khairin itu risau takut ada masalah jika bos mudanya pergi meninggalkan pejabat tanpa apa-apa maklumat.

"It's okay. I already tell Dato'.." Jawab Naqieb Asyraf dan Khairin mengangguk menerima arahan.

"Encik!? Sorry Encik. Just now one girl came to see Encik Naqieb. But at that time Encik Naqieb was not here so she went home for a while dan dia menyampaikan semula pada saya dia akan datang sini kembali untuk berjumpa Encik Naqieb.." Ujar pembantunya panjang lebar menyampaikan kepada tuan pengurusnya membuatkan Naqieb hairan dengan menjongket keningnya.

"Who's the girl? You know? .. " Soal Naqieb Asyraf walaupun dalam keadaan tergesa dia perlu mengambil berat di bahagian pejabat ayahnya kerana itu tanggungjawabnya juga.

"Miss Hyna.." Jawab Khairin ragu-ragu kerana dia tahu tuan pengurusnya sudah melarang gadis bernama Hyna untuk datang ke pejabatnya.

Naqieb berdecit dengan hati menahan sabar kerana dirinya tidak menyukai kehadiran Hyna ke pejabatnya dengan membawa masalah di tempat kerjanya.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now