Laju jari Nurulia menaip di papan kekuncinya untuk menyiapkan kerja yang diminta oleh tuan pengurusnya seraya matanya sempat mengerling tuan pengurusnya yang dihadang oleh dinding kaca itu. Matanya melihat tuan pengurus juga dikenali sebagai sepupunya sedang tekun melakukan kerjanya walaupun ia nampak jelas matanya melihat Arish.
Yelah! Mata kita kena sentiasa menjeling, mahu kau bila kau tak nampak lepastu dia menjerit nama aku dari dalam bilik pejabatnya semata nak panggil aku je..Malu aku.
Mahulah tersebar nama Nurulia Alynna iaitu P.A kedua Encik Arish menjadi panggilan kegemaran buat Encik Arish.
Tak nak!
Rehanna disebelahnya yang sedang tekun melakukan kerja itu sekilas dipandang membuatkan gadis itu tertanya dengan pandangan Nurulia padanya.
"Kau kenapa pandang aku, Nurul?" Hairan Rehanna.
"Takde apa-apa..cuma harini semua nampak biasa je.."
Kedengaran ruang pejabat dengan jari pekerja menekan papan kekunci memenuhi ruang pejabat.
"Apa kau merepek ni? Kau okay tak? Demam? Trauma kau datang lagi ke?" Tembak Rehanna merasa pelik lalu menekap tangan di dahi kawan baiknya.
"Mana adalah. Aku okay je.." Jawab Nurulia berasam kerutan di dahi.
"Encik Arish tu kacau kau ke? Apa dia buat?" Soal Rehanna lagi risau melihat keadaan Nurulia jika berpunca dari sepupunya sendiri.
Apa yang minah ni risau..Ayoo
"Takde lah. Apa dia nak buat kat aku? Nak timbulkan berita aku ni menjadi girlfriend Encik Arish macam tu curang dengan isteri dia. Naya aku dengan Alya nanti.." Spontan Nurulia.
Wow mulut kau Nurulia. Boleh kena saman RM 100,000 bayaran doh.
"Eh kau.." Merepek Rehanna melayan kawan baiknya lalu kembali pada tempatnya.
"Ada test ke dengan sepupu sendiri. Dahlah boss pulak tu.." Usik Rehanna.
"Bila masa?.."
"Dia sendiri yang cakap tak nak ngaku.." Sambung Rehanna memutarkan bola mata.
"Tak nak aku. Aku dah bahagia bila Encik Arish hanya sepupu aku. Tak lebih dari tu.." Luah Nurulia apabila terlintas di fikirannya bahawa jejaka yang diekanali sebagai sepupunya itu banyak membantunya ketika dirinya lari dari tempat asalnya di kampung.
Terukir senyuman di bibir Rehanna lalu Nurulia membalas seraya menyambung kerja mereka.
Seorang gadis yang hadir menarik perhatian mereka dengan kecantikannya. Gadis itu mendekati meja Nurulia dan Rehanna.
Seorang yang cantik, berpakaian bertutup tidak terdedah dan bertudung bawal coklat sambil menunjukkan senyuman manisnya kepada Nurulia. Siapa lagi kalau tak cantik macam ni kalau bukan Alya Fiera.
Masin mulut aku..Baru sebut kut pasal dia tadi!
Ini lah Alya Fiera seorang yang cantik, putih dan mesra juga dikenali sebagai isteri kepada Arish, sepupunya sendiri. Untung Arish mendapat isteri yang mesra dan cantik ini.
Semoga berbahagia ke anak cucu, sepupu kacak aku. Aminn..
Nurulia seraya bangun dari duduknya menyapa Alya Fiera yang sudah berada di hadapan mejanya bersama senyuman manis dilontarkan.
"Tahu dah kalau datang mesti nak jumpa kan.." Usik Nurulia pada Alya yang sudah tersenyum malu itu.
"Hehe..Hai akak! Sihat?" Tegur Alya Fiera dengan mesra pada Nurulia.
Lain macam perasaan dia bila baru lepas kahwin..
Gadis berumur 19 tahun ini sangat mesra padanya. Awal sudah menghadapi dunia rumah tangga kerana saling mencintai bersama sepupunya yang berumur 22 tahun belum genap hari lahirnya.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...