Makan malam selesai sudah. Kepulangan Naqieb menambahkan keriuhan mesra dalam keluarga itu. Awal lagi Naqieb sudah memasuki bilik untuk berehat. Penat setelah seharian di bekerja di luar menunaikan fardhu kifayah dalam mencari nafkah.
Malah, pekerjaan berat jejaka itu bukan halangan dan kekurangan bagi Nurulia. Ia lebih dari cukup. Dengan mengukuhkan hubungan dengan menerima cabaran dihadapi bersama jejaka itu. Dirinya sentiasa berasa tenang apabila Naqieb disampingnya.
"Mama harap kamu berdua baik-baik bila dah pindah nanti. Kalau perlukan mama terus datang sini ya.." Ujar Datin Suhaila membuka topik bagi suasana kerja mereka tidak berasa hening. Nurulia yang sibuk mencuci pinggan mangkuk itu hanya mengukirkan senyuman.
"Mama tak perlu risau. Nurul percaya dengan adanya Naqieb, Nurul akan kuat.." Luah Nurulia. Sudah menganggap keluarga itu lebih dari keluarganya sendiri. Walaupun hanya ibu dan bapa mentua.
"Mama harap cinta kamu takkan pernah padam buat Naqieb ya. Mama tak nak terjadi kembali seperti masa lalu waktu mummy dia.." Ayat Datin Suhaila tergantung apabila Dato' Kamal mencelah.
"Su..Benda dah lepas. Tak perlu di ungkit. Apa yang terjadi ada hikmah antara kita.." Perlahan Dato' Kamal.
"Saya faham tu abang. Cuma saya takut sahaja.."
"Kita dah boleh nampak perubahan Naqieb, Su. Kenapa perlu di ungkit kembali kisah lama. Adanya Nurulia, kita dah nampak perubahan Naqieb tu.." Datin Suhaila hanya mengangguk mengiyakan sahaja. Nurulia yang diam hanya memasang telinga mendengar.
"Papa.. Mama. Nurul akan berusaha untuk bahagiakan Naqieb. Mama dan papa jangan risau ya.." Datin Suhaila mengangguk perlahan bersama senyuman terbit di bibirnya buat Nurulia.
Mujur, gadis dihadapannya ini sudah menjadi sebahagian dari keluarganya. Banyak perubahan yang dilihat pada diri Naqieb setelah Nurulia hadir dalam hidup mereka. Gadis itu tiada kekurangan. Cukup kekurangan dalam diri gadis itu dalam menjalani kehidupan.
Namun, dirinya sudah yakin bahawa gadis itu cukup bahagia berada dalam keluarganya. Ia mampu mengubati luka gadis itu dalam kasih sayang orang tua. Dirinya tidak pernah belas kasih pada setiap anak-anaknya.
Akan kerana, dirinya juga ingin melakukan terbaik buat anak-anaknya.
DATIN Suhaila mengeluh akibat bercelaru fikirannya memikirkan tentang kehidupan mereka. Dirinya masih takut akan mendengari luahan Naqieb sebelum mengahwini Nurulia.
Bahawa dirinya sukar untuk membuka hatinya buat gadis itu.
"Apa kamu termenung kan lagi, Su. Waktu macam ni apa lagi yang Su fikirkan?" Geluh kecil Dato' Kamal apabila melihat wajah muram isterinya seketika.
"Saya risau lah abang dengan Naqieb tu.." Luah Suhaila pada suaminya. Dirapatkan tubuhnya pada suaminya. Menghadap wajah suaminya yang sudah berbaring itu.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...