Bab 18🕵️‍♂️

1.3K 79 7
                                    

Hari yang telah ditetapkan oleh Nurulia setelah dirinya berkeyakinan membuat keputusan dalam menerima Naqieb dalam hidupnya. Persiapan majlis itu mewah dari keluarga Naqieb yang teruja menguruskan majlis anak lelakinya itu. Warna bertemakan biru dan putih itu menjadi pilihan buat pasangan sejoli itu selepas membuat perbincangan hari lepas.

Perasaan Nurulia kini? Rasa gementar. Gelisah. Risau..

Malah, dirinya tidak lelah dengan sentiasa berdoa supaya urusan dipermudahkan.

Majlis dimulakan dengan akad nikah. Lafaz telah dikemukakan dari bibir Dato' Fauzan setelah mereka berjabat tangan.

"Naqieb Asyraf Bin Kamal.." Nama dilontarkan dari bibir Dato' Fauzan kepada Naqieb Asyraf.

"Ya saya.." Naqieb Asyraf menjawab.

"Aku nikahkan dikau dengan Nurulia Alynna Binti Asrul Naifa dengan maskahwinnya lima belas ribu ringgit tunai.." Lafaz Dato' Fauzan lancar kepada Naqieb.

Nurulia yang berada di pelamin antara mereka hanya diam memandang Naqieb dengan perasaan yang tidak dapat dirinya sendiri ungkapkan apabila menghadapi perkara sebegini. Perasaan yang bercampur baur.

"Aku terima nikahnya Nurulia Alynna Binti Asrul Naifa dengan maskahwinnya lima belas ribu ringgit tunai.." Jawab Naqieb Asyraf lancar.

"Sah? Sah?.." Ujar Dato' Fauzan pada saksi-saksi di belakang.

" Sah.. Sah.. " Jawab saksi yang berada di situ Ryn Arish, Aqil Qalish , Ameer Iryan bersama beberapa lagi orang yang hadir di dalam majlis itu. Akhirnya, Nurulia berasa lega. Bukan dirinya sahaja malah jejaka itu lega apabila telah sah hubungan antara mereka.

" Alhamdullilah.. " Ucap Dato' Fauzan seraya menadahkan tangan membaca doa.

Datin Suhaila yang menemani Nurulia di atas pelamin lantas memeluk gadis itu erat sebelum gadis itu mencium tangannya.

" Tahniah! Menantu mama.." Ucap Datin Suhaila seraya bangun dari duduknya apabila anak lelakinya datang menghampiri.

Naqieb Asyraf mengambil tempat di sebelah Nurulia. Datin Suhaila menyuakan kotak cincin kepada Naqieb lalu Naqieb mengambil seraya disarungkan kepada jari manis isterinya itu. Isterinya yang sah. Perlahan Nurulia mencium tangan suaminya itu.

Lantas, Naqieb menghadiahkan kucupan di dahi Nurulia seketika. Dirasai dengan penuh kasih.

Lama Nurulia memejamkan matanya seraya perlahan membuka. Tepat pasangan mata coklat terang itu tepat memandangnya. Walaupun dengan keadaan gementar, senyuman kecil yang diberi jejaka itu membuatkan dirinya berasa tenang kini. Tenang setelah bergelar isteri Naqieb Asyraf.

Mereka sibuk melayani tetamu selepas adat makan berlansung. Nurulia perlahan bangun dari kerusi meja adat itu untuk beredar.

Tiba-tiba, satu tangan melingkar di pinggangnya membuatkan dirinya kejung seketika. Wajahnya menoleh memandang Naqieb yang berada di disebelahnya. Wajah dingin jejaka itu ditayangkan.

" Nak pergi mana?" Bisik Naqieb di telinga isterinya itu apabila keadaan dewan yang bising dengan ramai tetamu yang hadir.

"Takde pergi mana.." Bohong Nurulia manakan dirinya bosan berseorangan sahaja. Manakan, Naqieb dari tadi sibuk melayani tetamunya. Dirinya tidak juga mempunyai banyak kenalan. Hanya kenalan rapat dan kawan-kawannya sahaja.

"Duduk diam-diam. Kang tergolek kat depan tu aku jugak kena tolong.." Sindir Naqieb pada isterinya. Matanya dari tadi dapat mengesan semenjak majlis berlangsung bahawa gadis itu tidak berasa senang dengan kasut tumit tinggi yang dipakai. Mungkin agak tinggi dan kurang selesa tidak seperti selalu gadis itu memakai. Dengan dilihat gadis itu hanya duduk sahaja tanpa bergerak ke mana-mana.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now