Nurulia memandang kakak iparnya dengan penuh hairan sambil otaknya tekun meneka.
"Nurul rasa, ya." Jawab Nurulia dengan yakin.
"Apa yang menyebabkan Nurul menjawab jawapan tu?" Soal Qaisharina lagi. Di dalam mindanya sudah mengesan pada diri Nurulia bahawa Nurulia cepat mengesan diri Naqieb walaupun tidak lama perkahwinan mereka berlalu.
"Sebab.. Nurul nampak melalui gaya dan cara percakapan abang Naqieb. Cara dia begitu kasar yang mampu mengores hati orang lain." Balas Nurulia dengan teliti melihat pada diri suaminya dalam bayangannya fikirannya.
"Tidak kira bersama orang luar atau keluarga, pendirian tetap sama Nurul. Nurulia beruntung dapat melihat kelembutan seorang Naqieb Asyraf hm?" Nurulia ketawa kecil.
Naqieb bukan sekadar berlembut. Malah, apabila bersamanya jejaka menjadi semakin manja dan mesra. Hanya di matanya sahaja dapat melihat perubahan emosi Naqieb yang mampu merubah sekelip mata.
"Keadaan kami adik beradik dahulu tidak semesra apa yang kakak melihat pada keluarga beradik lain, Nurul. Cemburu dan sakit. Kehilangan mummy benar-benar mengubah pendirian Naqieb sekelip mata.." Nurulia terdiam seketika.
Kehilangan seorang ibu yang sangat tercinta sungguh terkesan buat mereka. Lebih lagi kepada jejaka bernama Naqieb Asyraf.
Aina keluar dari butik pakaian tersebut setelah memilih pakaian yang diinginnya. Mata Nurulia melihat susuk tubuh Aina yang mendekati mereka. Senyuman manis mereka bertiga tidak pudar.
"Nak ke mana pula?" Soal Aina yang sudah berpuas hati dengan barangan yang dibeli.
"Nurul nak pergi beli pakaian lelaki." Senyuman terbit manis di bibir Nurulia pada mereka berdua.
"Okay! Jom!" Ketiga gadis itu melangkah menuju ke destinasi yang hendak dituju.
NURULIA melangkah keluar dari biliknya apabila dirinya terjaga dari lena. Selendang yang menutupi kepalanya dikemaskan.
Kakinya melangkah turun dari tangga menuju ke dapur. Tiba sahaja tekaknya terasa kering apabila terjaga sebentar tadi.
Perhatiannya hanya menumpu pada peti sejuk. Langkah mendekati peti sejuk dan dibuka. Air oren kotak menjadi pilihannya lalu diambil sekilas.
Matanya yang kuyu bersama keadaan dirinya yang masih mamai melangkah menuju ke meja makan. Punggung dilabuhkan lalu disedut air minuman tersebut selepas ditebuk straw nya.
Punggung di betulkan spontan bersama kedudukan duduknya.
Matanya drastik memandang seseorang yang memandang dirinya dengan senyuman membuatkan Nurulia terkejut. Air yang berada di mulutnya drastik tersembur keluar dari mulutnya.
Terkejut. Terkesima. Matanya terbeliak besar memandang seseorang di hadapannya.
Bibirnya yang comot bersama air manis itu dilap oleh seseorang di hadapannya. Jejaka di hadapannya hanya selamba tanpa sebarang kata bersama senyuman di bibir.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...