Ternganga Emylia dan Saleha dibuatnya terkejut dengan apa yang dilihat.
"Awak! Apa ni?! Pecah kan tingkap tu bukan kayu awak pegang tu!" Malakai mula gelabah atas apa yang dilakukan. Seperti biasa apa yang di pegang semestinya akan pecah dan hancur.
"My bad."
"Code Que masuk. Dien.. Shoot the window.." Ujar Malakai di earpiece.
"Use the bomb cip, Que.." Balas Ameer dingin di earpiece mereka.
"Serius?"
"Proceed Kai! Everyone stay back. " Arah Naqieb. Malakai segera bertindak membuka pin bom tersebut lalu dibaling pada tingkap tersebut. Sekilas bom itu meletup sehingga memecahkan dinding di ruang bilik tersebut.
"Code Haz masuk. Enemy menyerbu ramai. Kami tak dapat backup. Keluar dengan segera.." Ujar Ameer di earpiece.
"Stay on your position to shoot. Backup kami keluar.." Arah Naqieb di earpiece.
"Cepat keluar.." Ujar Malakai lalu mengiring Saleha dan Emylia keluar dari ruang bilik tersebut.
"Nurul?" Naqieb menoleh memandang Nurulia. Matanya melihat Nurulia yang terpinga berdiri jauh darinya.
Naqieb laju menghampiri Nurulia tetapi langkah demi selangkah gadis itu mengundur. Naqieb mengesan perbuatan isterinya. Dilihat wajah gadis itu kelihatan sungguh takut.
"Nurul.." Lembut Naqieb. Nurulia laju menggeleng.
"Nurul..Ni aku Naqieb.."
"Tak! Pergi jauh dari saya. Saya takut. Awak bunuh dia.." Nurulia menunjukkan jari runcingnya pada perempuan yang baring pengsan di lantai apabila dikerjakan Naqieb sebentar Naqieb. Naqieb terkejut seketika apabila mengesan di mindanya. Dirinya telah melakukan kesilapan.
"Aku tak cederakan kau. Kau isteri aku. Dia jahat. Dia buat benda yang paling aku benci. She should take the revenge. It's not you. You my wife. Aku sayangkan kau.." Mata Nurulia naik memandang Naqieb.
"Tapi kenapa awak bunuh dia. Dia perempuan.." Nurulia tidak mampu mengawal perasaannya kini. Dirinya kini berasa amat takut.
"She's not die. Dia hidup lagi. Aku tahu kau pun tak suka apa dia buat tadi pada aku, depan kau kan.." Nurulia mengangguk.
"Kau isteri aku. Aku benci perempuan lain sentuh aku kecuali kau sahaja. Please come to me.." Nurulia memandang Naqieb lembut.
"Code eagle. Guys! We don't have much time.." Ujar Aqil di earpiece.
Mata Naqieb memandang Nurulia yang perlahan mendekati dirinya. Pintu yang diketuk oleh musuh hampir pecah.
"Naqieb!" Jerit Malakai apabila pintu mula pecah dan dengan pantas musuh menyerang mereka. Naqieb pantas bertindak melindungi Nurulia dalam dakapannya.
Kakinya naik menendang seorang musuh yang menghampiri mereka. Tiba-tiba, tembakan dilepaskan dari jauh pada musuh menyebabkan musuh rebah ke lantai.
Naqieb melepaskan nafas lega. Tubuhnya di pusing menghadap Nurulia yang kelihatan masih ketakutan itu.
Tangan isterinya di pegang lembut. Nurulia mengangkat wajahnya memandang Naqieb.
"Aku takkan cederakan kau. Kau isteri aku.." Nurulia pantas memeluk Naqieb erat. Naqieb membalas pelukan Nurulia bagi menenangkan gadis itu.
"Saya takut awak tinggalkan saya. Awak sakit tadi.." Nurulia menitiskan air matanya.
"Aku okay. Kau nampak aku okay lagi. Kita kena keluar sekarang. Kita selamat. Kita boleh balik.." Lembut Naqieb lalu Nurulia mengangguk. Naqieb tersenyum kecil lalu tangannya menarik isterinya untuk keluar dari tempat tersebut.
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...