"Assalammualaikum.." Lembut salam diatur di bibirnya. Matanya melihat rumah besar dan mewah itu sehingga senyuman terbit di bibirnya apabila terngiang kembali kenangan.
Kenangan meniti di fikiran, bahawa rumah ini menjadikan hubungan dirinya bersama Naqieb lebih erat. Dimana Naqieb mengusik dirinya ketika itu dengan membawa dirinya ke rumah ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama orang tua jejaka itu sebelum hari pernikahan dipersutujui antara mereka berdua.
"Nurul?"
Tersentak Nurulia apabila suara lembut dari seorang wanita itu menegurnya. Berkelip matanya seketika yang baru tersedar di dunia realiti.
Matanya memandang ibu mentuanya, Datin Suhaila lalu mengapai tangan ibu mentuanya dan dikucup. Senyuman terbit di bibir mereka berdua.
"Alhamdullilah. Menantu mama.." Datin Suhaila perlahan memeluk menantunya dengan erat. Dia rindu akan menantunya.
Nurulia membalas pelukan ibu mentuanya. Sungguh nyaman dan tenang dalam pangkuan kasih sayang seorang ibu.
"Mari masuk. Aqil hantar kamu?" Soal Datin Suhaila sambil mengenggam tangan menantunya melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ya. Aina, ucap maaf sebab dia tak dapat jenguk mama. Last minute, dapat panggilan urusan kerja." Ujar Nurulia menyampaikan kata-kata Aina kepada ibu mentuanya.
"Takpe, mama faham. Mama pun minta maaf tak dapat jemput kamu ke sini. Driver mama cuti, Adam ada kelas, papa pun kerja. Maafkan mama, ya." Lembut ibu mentuanya sambil mereka berdua melangkah menuju ke ruang tamu.
"Takpe mama. Lagipun, ada Aina dengan Aqil yang bantu Nurul.." Balas Nurulia lembut sambil mereka berdua melabuhkan punggung di sofa.
Mata Nurulia meliar melihat sekeliling ruang rumah seolah-olah sedang mencari seseorang.
"Mak Minah mana mama?"
"Minah kat belakang rumah. Biasa lah, kerja harian dia dengan pokok bunga mama tu." Datin Suhaila ketawa kecil bersama Nurulia turut sama ketawa sopan bersamanya.
"Mama rindu sangat dengan kamu." Ucap Datin Suhaila dengan hati yang lega dengan kepulangan menantunya.
Nurulia ketawa kecil. Tersenyum bahagia mendengar ucapan kasih dari ibu mentuanya.
"Mama rindu kamu dengan Naqieb. Macam mana keadaan Naqieb?"
"Masih belum sedar, ma. Nurul harap abang Naqieb sedar dan cepat sembuh. Nurul pun rindu dia." Nurulia melemparkan senyuman kembali.
"Mama pun sama. Keadaan kamu?"
"Doktor kata Nurul dah pulih cuma selepas ini perlu rajin buat pemeriksaan doktor atas keadaan Nurul yang mengandung." Balas Nurulia.
"Syukur, Alhamdullilah sangat-sangat dapat tahu kamu mengandung. Dapat mama timang cucu.." Mereka berdua meletuskan tawa, gembira.
"Kalau Naqieb tahu tentu dia gembira." Nurulia tersenyum manis dan mengangguk.
Kedengaran bunyi hon kereta menyentakkan mereka berdua di dalam rumah. Datin Suhaila memalingkan wajahnya memandang tingkap besar di sebelahnya untuk melihat luar perkarangan rumahnya. Kelihatan sebuah kereta yang bergerak masuk ke dalam perkarangan rumah mereka.
"Tepat masa kamu balik."
Nurulia menjongketkan keningnya sambil memandang ibu mentuanya.
"Enek.." Suara halus itu seperti kanak-kanak kecil itu menarik perhatian mereka.
Kaki kecil itu melangkah ligat masuk ke dalam ruang rumah dengan kedua tangan gebunya menepuk.
"Enek.. e.. nek.."
YOU ARE READING
Love You Mr. Detective [EDITING]
RomanceKehidupan Jahiliah menimpa pada gadis malang ini. Gadis ini tidak lagi mampu menanggung rasa sakit dan seksanya setelah ibu bapanya meninggal. Dirinya pantas mengambil keputusan yang baik menetap di kampung bersama makcik dan pakcik nya mengubah keh...