Bab 44

836 27 7
                                    

PULANG sahaja daripada candlelight dinner bersama dengan Harith tadi, Arabella lantas membersihkan diri dan bersiap untuk tidur.

Badannya kini penat dan memerlukan rehat yang mencukupi.

Moment di mana dia dan Harith berjalan beriringan di tepi pantai tadi menjengah ke kotak fikirannya kembali. Automatik bibir mungilnya mengukir senyuman lebar apabila terkenangkan moment itu kembali.

" Kenapa lah Harith ni sweet sangat? Untung aku dapat suami yang sweet macam tu. Tapi bila lagi aku nak duduk serumah dengan dia? Kalau aku sihat macam dulu mesti aku dah tidur sekatil dan satu rumah dengan Harith kan? Eee... tak sabarnya nak sembuh! " Gumam Arabella sendirian sambil menyisir rambutnya di depan cermin meja soleknya.

" Moga-moga esok aku cepat sembuh. " Sekali lagi bibirnya mengukir senyuman lebar.

Tiba-tiba notification telefonnya berbunyi.

Suamiku ❤️

Honey, honey dah tidur belum?

Kalau belum, tolong masukkan sekali saya dekat dalam mimpi honey tu nanti ya?

Tersenyum Arabella apabila membaca teks yang dihantar oleh Harith itu.

Tak payah nak senyum. Kang nanti bila dah tahu kebenaran dia, awak yang sakit Arabella.

Arabella

Baru nak tidur.

Okay, nanti saya masukkan sekali awak dalam mimpi saya. HAHAH.

Suamiku ❤️

Yelahh, saya pun nak tidur ni. Goodnight honey, I love you.

Sweet dreams <3

Arabella terus meletakkan telefonnya itu di meja lampu yang berdekatan dengan katilnya sebelum dia menarik selimut sehingga ke paras dada lalu melelapkan diri.


Arabella tersedar daripada pengsannya. Harith yang memandangnya redup dipandang sayu.

" Awakk, anak kita mana? " Soal Arabella lemah.

" Anak kita dah takda, saya dah kebumikan arwah dah semalam. Awak lama sangat tidur, sebab tulah saya kebumikan anak kita terus. Tak baik siksa dia macam tu lama-lama. " terang Harith lemah. Tangan Arabella digenggam erat.

" Kenapa awak tak tunggu saya? Saya pun nak juga tatap wajah anak kita! Awak tak sayangkan saya lagi ke? Awak tak kesian kan saya ke? " Soal Arabella bertalu-talu.

" Sayang, jangan macam ni. Takkanlah saya nak biarkan anak kita macam tu je? Awak jangan pentingkan diri sendiri boleh tak? " Soal Harith bengang.

Dia mula fade up dengan sikap Arabella yang seperti tidak boleh menerima kenyataan itu.

" Awak, nak minum air tak? " Soal Harith mendatar.

Arabella menggeleng perlahan.

" Nak makan tak? "

Sekali lagi Arabella menggeleng kepalanya perlahan.

" Semua awak tak nak, kenapa ni? " Soal Harith mendatar.

Arabella hanya mendiamkan diri.

Harith menghela nafas berat.

" Honey... "

" Diamlah Harith! " tegas Arabella.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now