Bab 48

818 31 0
                                    

PERCUTIAN Arabella sudahpun berakhir. Kini tiba masanya untuk dia pulang ke rumahnya.

APABILA sampai di rumah, terlihat Armelle dan Dylan sedang tidur lena di atas sofa di ruang tamu. Keadaan rumah agam itu senyap sunyi.

Beg bagasi diletakkan di tepi tangga sebelum kakinya melangkah menuju ke arah Armelle dan Dylan. Armelle tidur meringkuk di sofa bersebelahan dengan sofa tempat Dylan tidur.

" Anak-anak mummy ni tidur tak ingat dunia betul. Comel! Mummy rindu anak-anak mummy ni hm. " Pipi gebu Armelle dikucup berkali-kali sehingga menyebabkan Armelle terjaga daripada tidurnya.

" Mummy... " Armelle mengusap matanya sambil memandang wajah Arabella redup.

" Mummy? " Soalnya dalam keadaan mamai.

" Ya sayang... Kenapa? Rindu mummy ke? " Soal Arabella lembut dengan penuh kasih sayang.

" Of course I am. " Lantas itu, tubuh ramping Arabella dipeluk erat oleh Armelle.

" Armelle dengan Dylan dah lama terlelap kat sofa ni ke? " Soal Arabella sambil mengusap rambut Dylan yang masih lagi lena itu.

" Lama lah juga. Lepas makan tengah hari tadi grandma terus suruh adik Dylan dengan Armelle tidur. " Terang Armelle.

" Grandma mana? " Soal Arabella kepada Armelle.

" Grandma dengan Grandpa keluar beli barang dapur. Kita tinggal dengan bibik je tadi. " Terang Armelle lagi.

" Oh yeke? Bibik mana? " soal Arabella lagi.

" I don't know, maybe she's at Grandma flower garden? " Tebak Armelle.

" Dah. Bangun cepat, lepastu pergi cuci muka. Kita jalan-jalan makan aiskrim kat playground nak tak? Armelle dah lama tak pergi playground kan? Mummy nak kejutkan adik Dylan jap. " Arah Arabella.

" Playground?! Yeay yeay pergi playground!! " Armelle teruja lalu berlari anak menuju ke bilik tidurnya.

Manakala Arabella masih lagi melutut di hadapan Dylan yang masih dibuai lena itu.

" Sayang mummy, heyy. Wake up, dear. " Arabella menepuk bahu Dylan lembut.

" Dylan sayang, wake up. " Sekali lagi bahu Dylan ditepuk lembut.

Dylan terpisat-pisat bangun dari tidurnya.

" Yes, mummy? Mummy dah balik? " Soalnya dalam keadaan mamai.

" Dah, jom cuci muka tu dulu lepastu kita keluar pergi makan aiskrim sambil main dekat playground jom. " Arah Arabella.

Bibir Dylan mengukir senyuman lebar " playground? Sounds great! Okay Dylan pergi cuci muka kejap. " Gigi tangga didaki satu persatu dengan cermat lalu menuju ke bilik tidurnya. Bilik dia dan Armelle bersebelahan sahaja.

Arabella memulas tombol pintu bilik tidurnya.

Dia menukar pakaiannya. Seluar jeans berwarna navy blue dan blouse berwarna putih dikenakan. Shawl berwarna putih dicapai lalu dipin di bahagian tengah leher sebelum shawl di kiri dan kanan di selempang ke kedua-dua bahunya.

Lip balm dioles nipis sebelum perfume berperisa sweet scandalous disembur ke telengkuk dan pergelangan tangan bahagian nadinya.

" Perfect! "

" Mummy!! Hurry up! " Laung Armelle dan Dylan dari permukaan pintu rumah agam itu.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now