Bab 40

1K 34 0
                                    

BEG bagasi berwarna kelabu bersaiz sederhana ditarik keluar daripada lapangan terbang KLIA Malaysia itu.

Kaki melangkah menuju ke kereta yang terpaling elok di perkarangan pemarkiran kereta.

Kereta Honda HR-V berwarna putih dituju. Spec mata hitam ditanggalkan lalu diletak elok di atas kepala sebelum enjin kereta dihidupkan lalu meluncur laju di jalan raya.

" Here we go! " Bibirnya mengukir senyuman manis. Hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan buah hatinya yang sudah lama ditinggalkan di Malaysia. Dan kini tiba masanya untuk dia kembali pulang bertemu dengan buah hati intan payungnya itu.

Sampai di rumah terrace dua tingkat yang tersergam indah itu, bibirnya terus mengukir senyuman lebar. Nampak simple tetapi bila masuk saja ke dalamnya, seperti anda sedang memasuki sebuah rumah banglo yang berharga 3juta.

" Darling, I'm home! " Laungnya lembut.

" Mummy!!" Kedatangannya itu disambut oleh budak perempuan kecil yang berumur 6tahun.

"Hello darling! How was your day? Everything okay? " Soal Arabella sambil melutut di hadapan Armelle.

Armelle memeluk Arabella erat lalu mengangguk laju kepalanya. " Of course mummy. Daddy always bring me to the playground and shopping also! Yesterday daddy buy a new shoes for me and it is so beautiful! " Cerita Armelle dengan teruja.

" Oh really? Hmm boleh tak Armelle pulangkan semula barang yang daddy beli untuk Armelle tu? Nanti mummy ganti balik okay? " Soal Arabella lembut. Tangan Armelle digenggam erat sambil kepalanya mendongak memandang wajah polos anak sulungnya yang tunggal itu.

" But why mummy? He is my dad. Why can't I take the stuff he gave me? " Armelle masih tidak faham akan perangai mummynya itu yang sering menghalang dirinya untuk mendekati ayahnya sendiri. Tambahan lagi, dia dihalang oleh ibunya itu daripada  menerima sebarang jenis barang yang diberi oleh ayahnya.

" Just follow what did I said. Don't dare to obey me. " Tegas Arabella. Armelle mengangguk takut.

Dia berlari ke bilik tidurnya lalu mengemas semua barangan yang diberi oleh daddynya sebelum diletak dalam satu beg plastik besar lalu diserahkan kepada Arabella.

Bilik tidur Arabella diketuk perlahan sebelum tombol pintu dipulas. Melihatkan Arabella terbaring elok di atas katil, Armelle memberanikan diri masuk ke dalam bilik mummynya itu.

" Mummy, can I... " Belum habis lagi dia bercakap, Arabella terus memotong bicaranya itu.

" Just get in, dear. "

" Hm okay. "

Beberapa saat kemudian, Armelle membuka bicara " mummy, these are the things daddy bought for me. "

" Okay, later mummy go to the daddy's house. You just stay at home. "

" But I want to follow you too. " Armelle mencebik-cebik bibirnya.

" Not for this time babygirl. " kedua-dua pipi Armelle ditekup menggunakan tangannya. 

" Hm okay. "

KERETA diparking elok di garaj rumah terrace dua tingkat yang tersergam indah itu.

Baru sahaja hendak membuka pintu tersebut, pintu rumah agam itu sudahpun terbuka sendiri oleh pemilik rumah dari dalam rumah itu tersendiri.

" Eh, kaklong. Along takda kat rumah. Tapi rasanya nak balik dah kot. Kaklong nak jumpa along ke?" Soal Hadith Hael. Dia terkejut dengan kehadiran bekas kakak iparnya di depan rumah mereka itu.

" Tak payah kaklong kaklong sangatlah Hael. Ara ni bukan kaklong Hael lagi pun lah. Ya, memang Ada nak jumpa abang kau. Tapi, isteri kau pun ada sekali kan?" Arabella menjenguk ke dalam rumah bekas mertuanya itu.

" Owh, Dania ada ha kat dalam dengan anak-anak masuklah ke dalam. Aku nak pergi kedai depan tu je nak beli aiskrim budak-budak tu. Merengek pula minta aiskrim. " Omel Hadith Hael.

Arabella masuk ke dalam rumah tanpa pengetahuan orang di dalam rumah agam itu. Semuanya sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Bilik Hadith dituju. Tombol pintu dipulas perlahan.

Dania bercakap tanpa menoleh ke pintu. "aik, bukan ke awak baru keluar beli aiskrim? Awal betul... Eh! Aik?? " Dania menghentikan bicaranya seketika.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia mendongakkan kepalanya dan mengetahui bahawa orang di depan pintu bilik tidur dia itu adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Arabella.

" Bebb!! " Sambungnya lagi.

" Bila kau sampai doe? " Dania berlari ke arah Arabella lalu tubuh sahabatnya itu dipeluk erat olehnya. Macam tak mau lepas dah ha.

" Baru je. Tadi aku nak masuk pastu terserempak dengan husband kau. Dia yang bagitau kau kat dalam, sebab tulah aku masuk je. " Jelas Arabella.

Manakala Dania pula sudah terangguk-angguk.

" Mana mummy dengan daddy? Kenapa aku takda nampak diaorang dekat bawah tadi? Diaorang keluar eh? " Soal Arabella sambil tangannya bermain-main dengan rambut anak lelaki Dania yang berumur 6 tahun itu.

" Ada je kat dalam bilik tu ha. Jap eh. Danish, tolong mum panggilkan tok mummy dengan tok daddy boleh? Ada guest nak jumpa. " Arah Dania kepada anak sulungnya itu.

Manakala anak bongsunya yang perempuan itu masih lena dibuai mimpi tidur di dalam ayunan.

" Haura tu dah lama ke dah tidur? Lena je dia. " Bibir Arabella menguntum senyuman lebar melihat budak kecil berumur dalam lingkungan 2 tahun itu tertidur lena.

" Baru je dia tu tidur ha. Dad dia yang tidurkan dia tadi. Lepastu Danish merengek pula minta aiskrim. Tu yang dad dia tu terus keluar beli aiskrim kat kedai depan tu ha. " Jelas Dania sambil menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

MATA dikecilkan lalu dicelik buat beberapa kali. Takut tersalah nampak. Arabella ke tu?

" Ara ke tu? " Soal Puan Hellen sambil menuruni anak tangga.

" Ya, Ara lah ni. " Arabella tersenyum lebar. Puan Hellen terus memeluk bekas menantunya itu dengan erat sekali.

Rindu bukan kepalang.

" Apa niat Ara datang bertandang ke sini? Nak menyunting duda di taman ke?" Seloroh Encik Harry.

" Tak lah daddy. Nak jumpa Harith. Tapi Hael cakap tadi Harith dah keluar. "

Tok tok tok.

Tiba-tiba pintu utama rumah agam itu diketuk dari luar.

Terserlah lah wajah handsome Harith dan...

Budak lelaki berumur dalam lingkungan 6 tahun itu. Mesti tu anak dia dengan Miss Scarlette dulu kan? Ujar Arabella di dalam benak hatinya.

" Eh, Bella pun ada sekali? " Soal Harith mendatar. Matanya tidak lari daripada memandang wajah manis ayu Arabella itu.

" Sayang, pergi masuk bilik mandi siapkan diri dulu okay? " Ujar Harith kepada budak lelaki itu sebelum dia berlalu duduk di sofa berhadapan dengan Arabella.

Manakala budak lelaki itu tadi pula sudahpun berlari anak memasuki bilik tidur untuk membersihkan diri.

" So, Bella. Ada apa datang sini? " Soal Harith mendatar.

" Aku nak jumpa kau. "

" Kenapa nak jumpa aku? " Harith seperti dapat mengagak tujuan utama Arabella pergi menemui dirinya.

Tiba-tiba pintu utama dibuka dari arah luar. Semua mata memandang ke arah figura manusia yang berdiri tegak di depan pintu rumah agam itu.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now