Bab 11

1.4K 46 2
                                    

ARABELLA, Dania, Fisya dan Laila berlari mengelilingi padang akibat didenda oleh pengetua kerana hal pergaduhan mereka semalam.

" Dania, lari laju sikit. " arah pengetua sambil jarinya elok ke belakang.

" Cikgu, penatlah. " Dania tercungap-cungap.

" Tau pun penat, saya yang uruskan hal disiplin kamu bereempat ni 5 tahun berturut-turut, tak penatlah? " Perli pengetua sambil tangannya disilangkan ke belakang.

Arabella tercungap-cungap apabila tamat saja pusingan kelimanya itu. Dia berdiri tegak lalu membuat cool down di hadapan pengetua tanpa dipinta.

" Kenapa kamu buat cool down? Ada saya suruh ke? " Soal pengetua.

" Mestilah cikgu, nanti otot dalaman akan kekejangan dan terkejut. Sebab tulah selepas habis je buat aktiviti larian ataupun bersukan apa semua tu, kita mesti buat cool down dulu. Lepastu kita kena berdiri dalam beberapa minit dulu sebelum duduk. " ujar Arabella.

" Kamu tak penat macam Dania pun. Kamu sangat aktif sukan ya. " ujar pengetua.

" Nak kata aktif tu tak lah cikgu, biasa-biasa je. " ujar Arabella merendah diri.

" Cikgu. I'm done! " Sampuk Dania sambil tercungap-cungap mencari oksigen. Tangannya sebelah bertahan di bahu Arabella. 

" Kau ni, tu pun dah semput. " ujar Arabella.

" Kau gila ke tak semput?! Aku dah lama kot tak berlari berjoging apa semua ni. Pastu tup tup kena jogging kat padang ni pula hari ni. " omel Dania.

Tanpa mereka sedar, seseorang sedang memerhatikan gelagat mereka itu daripada jauh.

" Dah-dah, jangan banyak omelan. Pergi masuk kelas sekarang. Jangan nak merayap. " arah pengetua.

" Okay, bye cikgu! " Arabella dan Dania berlari menuju ke kelas.

Di pertengahan jalan menuju ke kelas, Arabella sempat menyembur perfume pen miliknya yang berperisa Forbidden Rose itu. Dania pun sama mempunyai perisa yang sama.

Tisu di dalam poket dicapai, peluh di dahi dan di leher di lap sehingga tiada lagi kesan peluh. Selepas itu, wajah mereka di lap menggunakan tisu basah jenama Aloe Vera pula.

Selepas itu barulah mereka berdua menyambung langkah mereka menuju ke kelas kembali.

Sampai saja di depan kelas, mereka berdua berdiri di depan lalu mengetuk pintu kelas sebelum masuk kerana mendapati Harith sedang mengajar di dalam kelas.

" Kenapa lambat masuk kelas? Mana dua orang lagi? " Soal Harith.

" Maafkan kami cikgu, cikgu jangan buat-buat tak tau ya? Semalam cikgu ada kat dalam bilik pengetua kan? So there's no need for me to explain to you right? " Bidas Arabella lalu masuk saja tanpa menghiraukan Harith.

" Cikgu tau ku berdua penat, tapi boleh tak keluarkan buku? Cikgu nak mengajar ni. " ujar Harith.

" Boleh cikgu. " ujar Dania.

" Buka muka surat 26. " arah Harith.

Arabella dan Dania terus membuka helaian kertas buku teks sains mereka pada muka surat 26. 

10 minit kemudian, pintu kelas diketuk dari luar. " Cikgu , izinkan kami masuk? " Ujar Laila mewakili Fisya dan dia.

" Okay, masuklah. " ujar Harith.

Manakala Arabella meniru kembali gelagat Harith yang mengarahkan Laila dan Fisya masuk tadi.

Dania mentertawakan gelagat Arabella itu. Nampak sangat dia tengah jealous sekarang ni.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now