Bab 49

838 30 3
                                    

PULANG sahaja dari taman permainan, Arabella terus mendapat panggilan daripada sahabatnya yang berada di Singapore itu.

Salah satu sahabatnya telah mengkhabarkan berita tidak baik buatnya. Berita tidak baik itu adalah sebuah cawangan perhotelan dia yang berada di Singapore sana telah menghadapi satu masalah dimana pekerja di sana amat memerlukan khidmat Arabella.

Mahu tak mahu, Arabella terpaksa pergi ke Singapore lusa kerana flight ke Singapore hanya ada lusa iaitu pada pukul 1145 pagi. Sampai sana pun malam. Jadi, dia perlu berkemas. Dia berada di sana mungkin mengambil masa seminggu kerana banyak kerja yang perlu dia settlekan.

TURUN sahaja dari tangga, Arabella terus menuju ke dapur. Dari tangga dia dapat menghidu masakan ibunya.

Terlihat figura seorang wanita sedang menggaul masakannya di dalam periuk.

" Mama!! I miss you so much! " Arabella memeluk Puan Anna dari belakang.

" Reti pun nak balik. Ingatkan nak merajuk lama-lama dengan mama. " Perli wanita tua itu. Arabella tersengih sahaja.

" Sorry lah ma. Hm ni Ara ada nak cakap satu benda ni. " Arabella bertukar menjadi serious. Tiada lagi sengihan di wajahnya.

Puan Anna pula berhenti mengaul lauk di periuknya itu lalu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Arabella.

" Apa dia? "

" Hm.. "

" Apa dia? Kamu ni kan eyy... " Puan Anna menjeling Arabella dengan jelingan manja.

" Lusa Ara kena flight Singapore, sebuah cawangan perhotelan Ara ada masalah besar. So staff Ara tak boleh nak settlekan, diaorang minta Ara sendiri turun padang settlekan semua masalah kat sana secepat mungkin sebelum masalah menjadi semakin rumit. Nak tak nak Ara kena juga pergi sana lusa. " Jelas Arabella.

" Pergi jelah. Anak-anak Ara tu tak payah risau sangat, diaorang dah terbiasa ditinggalkan oleh kamu. " Tutur Puan Anna sedikit menyentakkan hati Arabella.

" Mama nak kata Ara ni selalu lari dari tanggungjawab Ara sebagai seorang ibu, ke mama? Kalau mama rasa keberatan nak jaga anak-anak Ara, it's okay. Ara boleh hantar diaorang pergi pusat jagaan kanak-kanak. Mama tak payah risau dah lepas ni. Tak payah lagi dah mama habiskan tenaga jaga diaorang. " Bidas Arabella dingin.

" It's not like that. Mama okay je jaga diaorang. Mama tak rasa terbeban langsung pun jaga cucu-cucu mama tu. Tapi kamu kena ingat juga, kalau diaorang dah terbiasa berjauhan dengan kamu nanti, mama risau mereka akan lebih sayangkan mama dan bukan kamu. Mama risau diaorang tak dapat kasih sayang yang secukupnya daripada kamu sebagai seorang ibu kepada mereka berdua. " Jelas Puan Anna.

" Mama tak payah lah banyak cakap sangat, Ara taulah nak uruskan anak-anak Ara tu macam mana nanti. Hm Ara naik dulu. " Pamit Arabella.

" Ni mama ada masak ni, nanti turun makan ya? " Ujar Puan Anna.

" Tengoklah macam mana nanti. Kalau Ara rasa lapar, Ara turunlah. Kalau tak, tak lah. " Arabella terus mengatur langkahnya mendaki anak tangga.

" Hm. Keras kepala sangat. " Omel Puan Anna lalu mengeluh berat.

PADA malam itu, Arabella merehatkan minda dirinya yang kusut dengan bermacam-macam masalah.

Sedang leka dia termenung, pintu biliknya diketuk dari luar.

Terlihat kepala Armelle terjenguk di celah pintu itu. Arabella terus mengukir senyuman nipis.

" Mummy, can I sleep with you? I miss you so much. Can I? " Soal Armelle polos sambil memeluk teddy bear berwarna pink yang Jaydie hadiahkan kepadanya semasa ulangtahun kelahirannya yang berumur 1 tahun dahulu.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now