Bab 21

1.2K 41 0
                                    

" RITH "

" Hm? " Harith memandang redup wajah isterinya itu. Kesian, muda-muda dah kena rasuk hantu.

" Sorry " Arabella menayang riak wajah yang bersalah .

" What for? "

" Sebab Nia cakap tadi aku cekik kau, pastu aku cakar-cakar kau. Sakit ke? " Soal Arabella mendatar dengan penuh prihatin.

" Takda lah sakit mana. Tapi bila kau cekik aku tadi, aku rasa aku dah nampak dah jalan menuju ke syurga time tu. " seloroh Harith.

Arabella menghamburkan tawanya. Bodohlah dia ni. Kita serious dia memain pula!

" Serious arh, dia ni tak pernah nak serious tau! " Ujar Arabella bengang lantas menepuk kuat lengan Harith.

" Ya, sakitlah. Gila tak sakit? Lepas ni balik je daripada kem ni, aku akan bagi hukuman setimpal kat kau. " gertak Harith.

Arabella menelan kesat liurnya.

" Sorry lah, okay nanti aku belanja kau aiskrim nak? Alaa sebagai tanda minta maaf gitu. Ingat tak sakit ke tadi bila aku kena rasuk? Sakit auu.. " omel Arabella. Bibirnya dicebik perlahan.

" Yelah yelah, aku gurau jelah. Dah makan tu nasi. Biar gemuk sikit. Ni tak, kurus macam lidi sebab tulah hantu senang nak rasuk. " perli Harith.

" Kau bawa lagi bab hantu tu, aku confirm esok kau tidur luar. " gertak Arabella tegas dan dingin.

" Okay tak tak tak, insaf dah. Tak bawa lagi dah topik hantu tu, janji. Tapi kalau aku bawa lagi topik hantu tu, aku janji lagi. " seloroh Harith lalu tertawa halus.

Dia suka mengusik sang isterinya itu. Comel je bila tengok mulut dia tu berceloteh marah. Nak nak lagi bila Arabella membebel. Memang terserlah lah keibuan dia kat situ. Ni yang makin jatuh sayang ni.

SEHARI selepas balik daripada kem perkhemahan itu, keadaan Arabella semakin membaik pulih.

Harith juga sedikit lega melihat tindak balas positif yang ditunjukkan oleh Arabella.

" Arabella ni lemah sikit. Dia tak boleh masuk kawasan hutan sebab automatik sel-sel otak dia akan berhubung. Fikir itu ini. " terang Airel .

" Budak kecik ni memang. " perli Adelle.

" Aku kan budak bijak, mestilah sel-sel otak aku akan berhubung. Bukannya lembap macam korang dua. " bidas Arabella sinis.

" Pintar lah sangat sampai kena rasuk dengan jembalang apa tah. " Bidas Airel dalam nada perli.

" Kau bawa bab-bab kena rasuk sekali lagi, aku confirm pintu neraka melambai-lambai kau lepas ni. " gertak Arabella.

" Okay fine, budak kecik! " Dahi Arabella ditunjal kasar.

" Dah lah, orang nak tidur tatatititutu! " Arabella terus mendaki anak tangga lalu masuk ke dalam bilik tidur dia dan Harith.

" Ma, pa. Rith Naik dululah, esok nak kena bangun awal lah pula. " pamit Harith.

" Hm yelah, suruh Ara tu cuci kaki, muka dengan tangan dia dulu sebelum tidur jangan lupa baca doa tidur. " pesan Puan Anna.

" Baiklah mama. "

" OII "

Arabella yang sedang menepuk-nepuk bantalnya itu menoleh sepintas lalu saja.

" Mama pesan suruh kau cuci kaki, tangan, muka, kepala, mata, hidung dengan bontot ... "

Pap!

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now