Bab 60

1.9K 55 7
                                    

SEPERTI yang dijangka, Arabella bersikap acuh tak acuh sahaja apabila bersama dengan Harith. Sudah puas lelaki itu memujuk dan merayunya agar memaafkan segala salah silapnya dan tidak bersikap dingin akan lelaki itu.

Akan tetapi, Arabella hanya mengabaikan sahaja pujuk rayu lelaki itu walaupun sudah genap sebulan mereka sah bergelar suami isteri buat kali kedua.

" Sayang, jom breakfast. Saya dah buatkan breakfast dah ni, lepas ni nanti saya nak pergi kerja. Awak okay kan? " Harith menghadiahkan senyuman manis buat sang isteri yang duduk di hadapannya itu.

" Tak lapar. "

Hanya itu sahaja perkataan yang keluar daripada mulut Arabella sambil tangannya ligat menaip sesuatu di screen telefon pintar miliknya.

" Sayang... Jangan lah macam ni, dari first kita kahwin bulan lepas sampai lah sekarang awak tak bertegur sapa dengan saya, jawab acuh tak acuh je bila saya bercakap dengan awak. Saya masak pun awak langsung tak makan makanan tu. Malah awak pesan makanan kat foodpanda. Susah sangat ke awak nak maafkan segala kesalahan saya sebelum ni? " Harith hampir hilang sabar menghadapi perangai Arabella yang dingin seperti salju itu.

" Dah tu? Siapa suruh masak? Ada ke saya suruh masak? Tak kan? Dah saya tak lapar, awak nak suruh saya buat apa lagi? Suka hati saya lah nak order makanan online tu ataupun tak! Duit saya kan? Ada ke selama ni saya meminta-minta duit daripada awak? Tak kan? " Bidas Arabella sinis.

" Sayang... "

" Shut up lah Harith. Dah lah esok saya nak flight pergi Singapore. Staff saya kat sana ada masalah. Awak izinkan ataupun tak, saya tetap juga kena pergi sana. " Tegas Arabella pula.

" Kalau melibatkan hal pekerjaan, saya takkan larang lah awak pergi sana. Lagipun awak bukannya nak pergi sana untuk melarikan diri daripada buat kali kedua kan? " Air milo suam yang sudah diminum oleh Arabella itu dicicip perlahan.

Tercengang Arabella melihat sikap selamba Harith itu.

" Kenapa minum bekas saya? Kan rumah ni ada banyak gelas. Gelas saya juga yang awak nak juga. Situ kan ada bekas bibir saya. " Harith di sebelah dijeling sekilas.

Senyuman manis yang menggugat iman dihadiahkan kepada Arabella.

" Saya tak dapat cium bibir awak, jadi saya minum lah kat bekas bibir awak ni. Sweet kan? " Mata dikenyitkan.

Arabella menoleh ke arah lain, jantung yang berdebar laju ditahan agar tidak mengkhianati dirinya. Kang nanti kantoi pula kalau dia cair dengan Harith ni.

" Why honey? Cair ke dengan saya ni? Baru kenyit mata sekali takkan lah cair? Hm? " Soal Harith dengan nada menggoda.

' Honey? Lama dia dah tak panggil aku dengan panggilan tu... Sejujurnya aku rindu, tapi aku tak boleh nak kikis rasa sakit hati aku ni. ' getus hati kecilnya.

Arabella berdehem membetulkan anak tekaknya.

" Mengarut lah awak ni. Saya toleh arah lain sebab saya meluat tengok muka awak ni 24jam. Dah lah saya nak kejutkan Armelle dengan Dylan. " Punggung diangkat.

" Saya dah kejutkan diaorang dah. Maybe diaorang tengah mandi kot sekarang ni. " Apron yang dipakai ditanggalkan dengan segera kerana jam di tangannya sudah menunjukkan pada pukul 650 pagi.

Manakala Armelle akan pergi tuisyen di pusat tuisyen yang tidak jauh daripada kawasan perumahan mereka itu pada pukul 7.

Dylan pula akan pergi ke tadika pada pukul 730 nanti.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now