Bab 46

913 33 1
                                    

TRAFFIC jam mengakibatkan teksi yang dinaiki oleh Arabella masih lagi tersekat di tengah-tengah jalan raya itu.

Apabila sudah tidak lagi sesak, Arabella mengarahkan teksi tersebut untuk memandu kereta sedikit laju.

" Pak cik, boleh laju sikit tak? Saya nak cepat ni. " Gesa Arabella.

" Boleh cik, tapi jalan sesak sikit ni. Takut nanti terlanggar kereta orang depan kita ni pula nanti. " Jelas pak cik driver teksi itu.

" Hm baiklah kalau macam tu. "

Tiba-tiba kereta dari arah belakang menyelit di antara teksi yang dinaiki Arabella itu tadi.

Pemandu teksi yang memandu teksi ditumpang oleh si Arabella itu tadi lantas menekan brek emergency kerana terlampau panic apabila satu kereta datang dari arah belakang tiba-tiba menyelit di hadapan teksi itu.

Arabella pula terkejut dan tidak sempat mengawal badannya daripada ke depan sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk di seat hadapannya itu.

Kepalanya pening sehingga menyebabkan dia pengsan di dalam teksi itu.

Pak cik driver itu apa lagi? Panic lah dia. Belum pernah lagi penumpang yang dia bawa pengsan sebab terhantuk semasa brek emergency.

" Cik? Cik okay tak? " Soalnya sambil mengerling Arabella sekilas pandang sahaja dari cermin pantulan kereta itu.

" Cik? " Driver teksi itu segera membawa Arabella ke klinik berdekatan akibat terlampau risau akan keadaan penumpangnya itu.

SAMPAI di hospital, Arabella terus dibawa ke bilik rawatan.

Arabella terjaga selepas mendapat mimpi ngeri mengenai dia dan Harith.

Peluh menerik di dahinya dia kesat perlahan.

Tetapi apa yang peliknya, sedar sahaja dia dari pengsannya, dia dapati dirinya sudah berada di klinik dan bukannya di rumah ataupun di mana-mana selain rumah.

" Kenapa dengan saya? " Soal Arabella kepada doktor dan seorang pak cik yang merenung ke arahnya itu.

Dia masih lagi terpinga-pinga terlantar di atas katil yang berada di klinik itu.

" Cik tumpang teksi saya tadi. Tapi saya tiba-tiba brek emergency sebab ada kereta datang dari arah belakang tiba-tiba potong barisan teksi kita. Lepastu kepala cik terhantuk, cik terus tak sedarkan diri lepas kepala cik terhantuk dekat seat. Tu yang pak cik bawa cik ke klinik berdekatan. Maaf. " Jelas pak cik driver teksi tersebut.

Arabella tersenyum.

" Melalui hasil rawatan saya, cik pernah mengalami amnesia disorder bukan? Dan saya dapati amnesia cik tidaklah seteruk mana pun. Ingatan cik juga masih boleh dipulihkan semula. Melalui hentakan tadi, adakah cik dah ingat semula apa yang sudah terjadi sebelum ini? " Soal doktor tersebut selepas memberi penerangan kepada Arabella.

" Ada. Saya ingat semua. Semua pasal saya, saya dah ingat balik. "

" Wow, itu adalah perkembangan yang bagus. Tetapi, cik juga perlu dapatkan rawatan selanjutnya ya? " Pesan doktor tersebut.

" Baiklah doktor. Terima kasih. Saya pergi dulu. " Pamit Arabella lalu dibontoti oleh pak cik driver itu tadi.

MANAKALA di dalam teksi pula, Arabella mengucapkan terima kasih kepada pak cik driver teksi tersebut kerana sudah banyak membantunya.

" Pak cik, terima kasih tau sebab banyak sangat tolong saya. " Senyuman tipis diukir ikhlas.

" Takpa, memang dah tugas kita sebagai manusia menolong antara satu sama lain. Dapat tambahkan pahala pak cik dan cik juga. " Ujar pak cik driver itu ikhlas. 

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now