Bab 59

923 34 37
                                    

HARI yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Sara dan Sam menjadi pengapit pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Perkahwinan Arabella dan Jaydie hanya diadakan di masjid sahaja kerana Arabella meminta majlis yang simple dan sederhana sahaja. Asalkan sah dan halal itu sudah memadai. Tak payah nak buat majlis besar-besaran kang nanti cerai juga.

" Dania, asal aku rasa macam tak sedap hati ek? " Soal Arabella kepada sahabat baiknya yang menggendong bayi perempuan di sebelahnya itu.

Dia duduk menghadap meja solek.

Dia tak upah jurusolek sebab dia sendiri pandai makeup.

" Perasaan kau je tu beb. Kau jangan lah fikirkan sangat pasal perasaan kau tu. Jangan layankan sangat. Think positive okay? "

Veil di kepalanya diatur dan dikemaskan sedikit.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar oleh Adelle.

" Dik, kau dah siap ke belum? Kita nak kena gerak sekarang ni kang nanti lambat pula nak sampai sana. " Ujar Adelle sebaik sahaja tombol pintu bilik itu dipulas.

" Okay. Jom Nia, Sara. " Lengan Sara dirangkul.

" You relax okay. Calm down. I tahu you nervous. " Ujar Sara kepadanya.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum dihela perlahan.

SEMASA dalam perjalanan menuju ke masjid tempat Arabella dan Jaydie akan diakadkan nanti, Arabella tidak berhenti-henti berdoa di dalam hatinya agar segalanya akan dipermudahkan.

Wajah Armelle dan Dylan yang duduk di sebelahnya dipandang redup. Bibir perlahan-lahan mengukir senyuman nipis.

" Mummy, are you okay? Because you look nervous. " Soal Armelle polos.

" I'm okay, dear. Don't worry. " Ujarnya sambil tersenyum kelat. Kepala Armelle diusap dengan penuh kasih sayang.

MANAKALA di situasi lain pula, ahli keluarga Jaydie gusar serta gudah gulana mencari kelibat Jaydie yang hilang entah ke mana.

" Adik, pergi panggilkan abang. Dia dah siap ke belum tu? Kita dah nak kena gerak dah ni. " Ujar Puan Jasmine kepada adik Jaydie.

" Okay, umi. " Sahut adiknya yang bernama Joana.

Pintu bilik Jaydie diketuk sebanyak tiga kali sebelum tombol pintu dipulas.

" Abang, umi suruh turun. " Ujarnya mendatar sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik abangnya itu.

Dahi dikerutkan perlahan " Mana pula abang aku ni pergi? Takda kat bilik pun. " Soalnya kepada dirinya sendiri.

Kepala yang tidak gatal digaru.

Dia mulai penasaran dan merasa tidak sedap hati. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena sedang terjadi.

Katil yang kelihatan kemas dan rapi itu dipandang dengan penuh tanda tanya.

" Kau jangan buat hal Jay... " Gumamnya lagi.

Pintu bilik Jaydie ditutup semula dengan kadar segera.

Dka berlari anak ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu untuk mendapat Puan Jasmine dan Encik Johari suami kepada Puan Jasmine.

" Umi!! Ayah!! " Teriaknya kuat.

" Apa ni jerit-jerit macam orang gila je? " Soal Encik Johari.

" Kenapa ni? Mana abang? " Soal Puan Jasmine.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now