Bab 30

1K 31 3
                                    

LANTAI yang licin selepas sahaja dimop oleh Arabella itu membuatkan Arabella tergelincir di tengah-tengah ruang tamu rumah agam mereka itu.

" Awakk!! " Jerit Arabella nyaring.

Harith tergopoh-gapah berlari menuju ke arah Arabella.

" Ya Allah, Honey!! Kenapa ni?! " Badan genit Arabella terus dipapah lalu dicempung ke dalam kereta.

" Tahan sikit honey. "

" Awakk, sakit.. " rintih Arabella perlahan. Bahu Harith digenggam kuat.

" Ara tahan, jangan buat saya risau. "

Arabella terpengsan di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke hospital.

SESAMPAI sahaja di hospital, Arabella terus dimasukkan ke ward kecemasan.

Harith duduk di ruang menunggu. 4 jam kemudian, doktor yang merawat Arabella pun keluar . Harith yang tertunduk lemah itu dituju.

" Encik. "

" Doktor, macam mana dengan wife saya? " Soal Harith gusar.

Doktor itu menggeleng perlahan. Harith sudah dapat mengagak jawapan itu lalu terduduk dan tersandar lemah di bangku itu kembali.

Bahu Harith ditepuk perlahan. 

" Kami tak dapat selamatkan kandungan isteri encik. Dan kemungkinan besar isteri encik sukar untuk mengandung semula. " terang doktor itu.

" Huhh. " keluhan berat dikeluh.

ARABELLA dipindahkan ke ward biasa. Harith meminta Arabella ditempatkan ward VIP.

Keluarga Arabella dan Harith terus bergegas ke hospital setelah mendapat tahu bahawa Arabella keguguran . Semua bersimpati atas nasib gadis malang itu .

" Harith, mama harap Harith sabar ya? " Puan Hellen mengusap perlahan bahu Harith.

" Maa... Harith tak kuat ma.. Doktor bagitau Rith yang Arabella kemungkinan besar tak boleh mengandung lagi. Rith nak baby dan Rith percaya Ara pun nak baby juga. Dah lama kitaorang tunggu saat nak anak semdiri macam ni. Tapi tak tau pula ni yang terjadi. Allah.  " Haruth mengeluh berat.

" Kemungkinan je, kita tak tau pun rencana Tuhan disebalik semua ni. Kita tak tau apa yang akan berlaku di masa hadapan. " nasihat Puan Hellen.

Harith hanya mengeluh lemah.

ARABELLA tersedar daripada pengsannya. Harith yang memandangnya redup dipandang sayu.

" Awakk, anak kita mana? " Soal Arabella lemah.

" Anak kita dah takda, saya dah kebumikan arwah dah semalam. Awak lama sangat tidur, sebab tulah saya kebumikan anak kita terus. Tak baik siksa dia macam tu lama-lama. " terang Harith lemah. Tangan Arabella digenggam erat.

" Kenapa awak tak tunggu saya? Saya pun nak juga tatap wajah anak kita! Awak tak sayangkan saya lagi ke? Awak tak kesian kan saya ke? " Soal Arabella bertalu-talu.

" Sayang, jangan macam ni. Takkanlah saya nak biarkan anak kita macam tu je? Awak jangan pentingkan diri sendiri boleh tak? " Soal Harith bengang.

Dia mula fade up dengan sikap Arabella yang seperti tidak boleh menerima kenyataan itu.

" Awak, nak minum air tak? " Soal Harith mendatar.

Arabella menggeleng perlahan.

" Nak makan tak? "

Sekali lagi Arabella menggeleng kepalanya perlahan.

" Semua awak tak nak, kenapa ni? " Soal Harith mendatar.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now