Bab 57

868 31 6
                                    

KEESOKAN paginya, Arabella tersedar dari tidurnya yang panjang apabila terasa ada tangan yang mengusap kepalanya.

Dia menggosok matanya agar penglihatan dia jelas dan tidak kabur.

Punggung terasa sakit dan sengal-sengal. Yalah, dia tidur duduk je beralaskan lengan menghadap Harith yang terlantar sakit tu.

" Ara... " Suara Harith tersekat-sekat.

" Ada apa? Kau nak air ke? " Arabella bergegas menuangkan air suam di gelas lalu membantu Harith untuk duduk menyandar di kepala katil. Katil diadjust sedikit bagi memudahkan Harith untuk meminum airnya.

" Thanks. " Ujar Harith selepas meneguk air suam itu rakus sehingga habis.

" Haus betul kau. Hm kau rehat lah. Aku nak pergi toilet lepastu nak pergi beli breakfast kau kat kantin bawah. Kau nak apa je? " Soal Arabella prihatin.

" Apa-apa jelah. Jangan lama-lama tau. " Pesan Harith.

" Iya, aku tahu lah. Tapi aku nak pergi toilet jap, gosok gigi and cuci muka. "

Arabella keluar dari ward yang menempatkan Harith itu lalu kakinya melangkah menuju ke kantin di tingkat bawah hospital itu.

" Mana phone aku eh?" Gumamnya perlahan.

" Lah, tinggal lah! Eh takpa lah, bukannya hilang pun. Ada Harith kat sana. " ujarnya lagi.

Macam orang gila je bercakap sorang diri.

HARITH sedang menguap tiba-tiba telefon Arabella berbunyi menandakan ada mesej masuk.

" Future husband? " Harith cuba untuk mencerna nama yang tertera di screen telefon Arabella tersebut.

" Jaydie? " Gumamnya sambil tertanya-tanya seorang diri.

' Sayang, how are you? You cakap semalam you jaga Harith kat hosp kan? Macam mana keadaan Harith sekarang? Sihat? ' - Future Husband.

' Sayang jaga diri okay? Nanti kita jumpa. I miss you and I will always love you, sayang. ' - Future Husband.

Harith sudah tidak keruan membaca mesej-mesej yang Jaydie hantar kepada Arabella itu.

Kalau dia reply nanti, dia dan Ara mungkin akan bergaduh semula. Kalau dia tak reply nanti, hatinya pula yang sakit.

Harith memejamkan matanya kejap. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Dia cuba, cuba untuk bersabar dan cuba untuk menerima kenyataan bahawa hati Arabella bukan lagi milik dia. 

TIDAK lama selepas itu, Arabella kembali lagi dengan menjinjing dua plastik bersamanya.

" Buka baju kau, aku nak lap badan kau. Kau tak boleh jalan lagi ni, kaki kau terseliuh. " Omel Arabella sambil memunggah plastik yang dia bawa tadi. Dia ada beli tuala kecik, berus gigi dengan ubat gigi untuk Harith. Gayung pula dia guna gayung tandas hospital tu jela.

Arabella mengisi setengah air ke dalam gayung air tersebut lalu diletakkan di atas meja tepi katil tempat Harith baring itu.

Tuala kecil tadi direndam dan dibasahkan lalu dipulas kuat.

Matanya terpejam apabila melihat tubuh Harith yang tidak memakai baju itu.

Dengan mata yang tertutup, dia mengelap seluruh tubuh badan Harith dari atas sehingga perut tetapi bahagian bawa tu dia suruh Harith sendiri yang lap, takkan dia nak lapkan juga untuk Harith? Mustahil dik oii.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now