Bab 39

901 36 1
                                    

ARABELLA memastikan semua kerjanya di hotel miliknya itu selesai dengan sempurna dahulu. Selepas itu barulah dia akan mendaftarkan Armelle di sekolah yang berdekatan rumah mereka di Malaysia nanti.

Selama lima hari berturut-turut Arabella asyik busy menyiapkan kerjanya di hotel miliknya sendiri. Walaupun dia ada pekerja sendiri, namun dia tak nak mengharapkan pekerjanya sangat.

" Ara, you must get some rest first. I nampak you busy sangat lately ni. Sampaikan makan minum you pun selalu tak teratur. Kalau I tak belikan makanan untuk you, bawa makanan pergi office you ni, agaknya you ni makan ke tak eh?" Omel Jaydie.

" I makanlah, tapi tulah selalu tak tetap waktu je. Alahh you ni, janganlah risau sangat. Wife you kat rumah tu pun you tak ambil berat sangat macam mana you ambil berat pasal I. " Tegur Arabella.

Senyuman lebar Jaydie bertukar kelat.

" I don't know, I confused. I don't know what should I do right now. " Jaydie menghela nafas berat sebelum rambutnya dikuak kasar ke belakang.

" I know what do you feel right now. But, please. Don't ever give up with your wife. Persuade her to give a birth. Persuade her to be a housewife. Tell her that you boleh tanggung semua keperluan dia. " Ujar Arabella lembut.

Jaydie seakan-akan berputus asa terhadap perangai isterinya iaitu Tina itu.

Tina terlampau sibuk mengejar kekayaan dan kemewahan sehingga dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang sah kepada Jaydie. Dia terlalu sibuk mengejar wang ringgit sehingga dia tidak berkesempatan memberikan cahaya mata kepada sang suami.

" I dah puas pujuk dia. I siap ugut dia lagi, if dia tak nak bagi I zuriat disebabkan dia sibuk bekerja, I takkan teragak-agak untuk cari lain. Tapi dia sikit pun tak kecut dengan ugutan I ni. You rasa Tina tu dah melampau ke tak eh?" Soal Jaydie kepada Arabella mendatar.

" I have no comment about it. It is because that is problem towards you and Tina. And I tak nak masuk campur. Yang I boleh buat sekarang ni cuma bagi nasihat dekat you dengan Tina je. " Arabella tersenyum nipis ke arah Jaydie.

" Tapi.. " belum sempat Jaydie berkata, pintu office Arabella dikuak kasar dari luar secara mengejut.

Arabella dan Jaydie terus tersentak sebelum kedua-dua mereka berdiri serentak.

" Owh, so selama ni you selalu buka aib I dekat kawan you lah? You memang nak sangat I berhenti kerja ke apa ni? Kalau you nak anak sangat pun, tak payahlah nak buruk-burukkan I. " Terjah Tina dengan wajah bengangnya.

Dadanya turun naik mengikut rentak nafasnya. Dia bengang. Dia marah. Dia tidak puas hati dengan Jaydie.

" Tina, masuk dulu. Jangan teriak-teriak macam ni. Orang dengar, tak manis nanti. Kang nanti orang ingat kita gaduh pula. " Arabella mengarahkan Tina agar gadis itu masuk dan tidak tercegat di depan pintu bilik officenya itu sambil berteriak mengamuk seperti orang yang tidak waras.

Ikutkan hati, Tina memang tak nak masuk. Tapi bila fikirkan semula air mukanya dan air muka Arabella, dia terus masuk lalu berdiri di sebelah Jaydie. Jaydie pula hanya memerhati tingkah laku Tina tanpa berkata apa-apa.

" Now, I nak tanya you. Kenapa you sampai hati nak buka aib I dekat kawan you? You langsung tak fikir ke pasal perasaan I? Apa yang you tak puas hati sangat dengan I ni?!" Tempik Tina. Bahu Jaydie ditolak kasar bertalu-talu.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now