Bab 4

1.6K 63 9
                                    

ARABELLA dimakeup kan oleh Dania. Dania pandai makeupkan orang, tapi dia tak pandai nak makeupkan diri dia sendiri. Bangang!

" Weyh, hanat! Kau dari tadi tepek benda alah ni kat muka aku. Dah lah tu weyhh. Aku rasa muka aku ni dah berat je macam bawa batu bata 10kg je kat atas muka aku ni. " omel Arabella.

" Ara, can you just shut up your mouth? Bisinglah kau ni. " ujar Dania geram. Nak makeup pun payah.

" Yelah, dah lah tu. Berat lah muka aku ni. Tebal sangat dah ni. Aku dah sememangnya putih melepak bertambah putih bila kau dandan muka aku dengan benda alah ni. Apa benda ni? Cream fair and lovely tu ke? " Soal Arabella.

" Bodoh! Ni foundation lah bangang! Yang ni barulah cream fair and lovely kau tu! Dah aku nak calit lip matte ni kat kau. Kau nak warna mana satu? Pink? Red? Nude? Or peach?" Soal Dania.

" Nude. " jawab Arabella sepatah.

Dah lah eyelash yang dia pakai tu tebal macam bulu burung unta je. Eh? Burung unta ke burung merak? Ya Allah! Macam mana nak keluar ni?

Pintu diketuk dari luar " Oii dik, kau dah siap belum ni? Pengantin lelaki dah sampai dah tu. " ujar Airel. Adelle berdiri di belakang Airel.

" Angah, dah siap pun!  " Ujar Dania. Dania memang rapat dengan Airel berbanding Adelle. Arabella pula rapat dengan Adelle berbanding Airel.

" Wahh! Cantiknya adik along. " Adelle mencuit hidung mancung Arabella.

" Along jangan buat lawak lah. Ara takda masa nak gelak happy-happy sekarang ni. " Ujar Arabella.

" Alahh, meh sini along bagi kiss sikit. " Adelle memaut telengkuk Ara dan mencium lembut dahi Arabella. Lama.

Dania merakam detik-detik itu sebab dia nak buat video untuk kenangan sahabatnya itu nanti.

Adelle memeluk erat tubuh keding Arabella itu, begitu juga dengan Airel.

" Lepasni adik jadi isteri orang tau. Tak boleh dah buat perangai macam budak-budak lagi. Faham? " Ujar Airel lalu mencuit dagu Arabella.

" Faham. Dah lah jom keluar. " ujar Arabella.

Dania tergopoh-gapah mengiringi Arabella dari tepi. Arabella menggenggam erat tangan Dania. Perasaan gemuruh mulai menguasai diri.

" Ara, relax. Trust me, everything will be fine after this. " Bisik Dania.

Adelle dan Airel mengikuti langkah adiknya itu daripada belakang. Adelle tersenyum lebar, kalau dia bukan abang kepada Arabella, dah lama dia lamar adiknya itu. Cantik sangat.

Harith menoleh ke belakang. Dia terpesona melihat kecantikan bakal isterinya itu. Begitu juga Arabella. Dia tidak menyangka akan ketampanan bakal suaminya itu.

Takpa, sabar. Nanti mereka akan diijabkabulkan. Kita tunggu je dulu ya?

Dania menoleh ke arah Hael yang berada di tepi Harith itu. Ya Allah, kenapa handsome sangat ni? Kenapa muka sama je? Mana satu pengantin lelaki ni? Arghh! Aku curious.

" Bebb, asal muka pengantin lelaki tu sama je dengan lelaki yang kat tepi dia tu? " Bisik Dania apabila mereka sudah melabuhkan punggung.

" Manalah aku tau. Aku pun tak tau mana satu yang bakal aku nikahi nanti. " Bidas Arabella dalam nada separa berbisik.

" Senyumlah sikit beb. Kalau tak, aku bagitau satu sekolah yang kau dah kahwin. Biar padan muka kau! " gertak Dania dalam nada berbisik berbaur ugutan.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now