Bab 52

910 30 3
                                    

JAYDIE terkejut dengan permintaan cepumas Arabella itu. Sangat tidak masuk dek akal. Memang lah dia ada perasaan pada Arabella tapi takkan lah dia nak main-main dengan isu perkahwinan tu kan? Sebolehnya dia kalau dah nikah dengan Arabella, dia takkan bagi Arabella pada orang lain. Dia akan sayang Arabella ketat-ketat.

Arabella membaling sebatang pen kepada Jaydie. Yalah, takkan lah Arabella tanya nak kahwin dengan dia ke tak, dia terus bisu? Kan?

" You! "

Jaydie terkejut lalu menoleh ke arahnya.

" Kenapa you termenung ni? Takkan I minta you kahwin dengan I pun, you terus termenung tak ingat dunia macam ni. " omel Arabella sambil menyusun fail-fail di atas mejanya yang sedikit tidak tersusun itu.

Jaydie berdehem perlahan.

" It's not like that. Err... You serious ke nak I kahwin dengan you? " Soal Jaydie sedikit penasaran.

" Kalau I cakap yang I sebenarnya cuma nak bergurau, macam mana? " Duga Arabella sambil tersenyum nipis.

Sengaja dia mengusik hati si Jaydie.

" Janganlah main-main. Bagitau lah betul-betul. " Gesa Jaydie.

Arabella tertawa kecil.

" Okay, fine. Kalau I cakap yang I serious, you nak ke terima I ni? Mama muda lagi tu. " Arabella menjongketkan bulu keningnya sebelah berkali-kali sambil tersenyum nipis.

" Nak je. Lagipun I dah anggap anak you tu macam anak I sendiri. Armelle siap panggil I papa lagi ha. " Bidas Jaydie.

" So? "

" So, esok kita siapkan kerja kita cepat-cepat dan lusa kita balik KL jumpa parents I. Dah lama diaorang tunggu I nak cari pengganti ni sebenarnya. " Jaydie menjadi tidak sabar dan teruja kerana ingin memperkenalkan gadis yang dia puja selama ini kepada kedua-dua orang tuanya.

" You, serious lah? Takkan lusa? Tak cepat sangat ke tu? " Soal Arabella gugup.

" Takda maknanya lah nak awal. Ni kira baik tau I tak bawa you jumpa parents I hari ini. Kalau hari ini, pengsan you. " Seloroh Jaydie.

" Memang I luku kepala you kalau you bawa I ni jumpa parents you last minute. " Arabella tertawa halus.

" So, jom breakfast? " Ujar Jaydie mendatar.

Arabella tersenyum lebar lalu mengangguk. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Punat G ditekan. Lobi dituju. Masuk sahaja ke dalam kereta, Jaydie terus menghidupkan enjin keretanya. Keretanya laju membelah jalan raya menuju ke cafe tempat dia dan Arabella selalu makan sebelum ini.

MALAM itu, Arabella mengkhabarkan berita bahawa dia dan Jaydie hendak bernikah dalam masa terdekat ini kepada Sara dan Sam.

Alangkah terkejutnya Sara dan Sam selepas mereka mendengar khabar sahabat baik mereka itu hendak mendirikan rumahtangga setelah mengharungi pelbagai cabaran bersama-sama sebelum ini.

Mulanya kawan, last-last kahwin. Awww... So sweet...

" So, bila majlisnya? Hujung minggu ni ke, atau macam mana? " Soal Sara ingin tahu.

Senyuman terujanya tidak lekang di bibir.

" Nanti dua hari sebelum event korang, I dengan Sara akan pergi sana. Jangan risau lah. " Ujar Sam iaitu suami kepada Sara.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now