Bab 45

901 37 2
                                    

PAGI itu, Arabella menanyakan kepada Puan Anna dimanakah letaknya telefon pintarnya yang lama sebelum dia kemalangan jalan raya sebulan yang lalu.

" Ma, mama tau tak mana telefon Ara yang lama tu? Ara cari tak jumpalah ma. " Rungutnya. 

" Ada dekat almari Ara tu. Cuba cari betul-betul mesti jumpa. "

" Ha'ah lah. Ara ni cepat sangat give up. " Celah Encik Daller.

" Bukan macam tu pa, ma. Ara lupa je sebenarnya. Tu yang tercari-cari tu. "

" Yelah tu.. "

Arabella mendaki anak tangga lalu menuju ke dalam bilik tidurnya.

Kakinya melangkah menuju almari pakaian.

Buka sahaja almari pakaiannya itu, dia lalu menggeledah setiap sudut yang ada pada almari pakaian itu. 

" Mana ni? Ish! " Dia kentalkan juga hatinya untuk mencari telefon lamanya itu.

Terlihat satu beg kertas berwarna coklat yang diletak di atas almari pakaian tersebut. Disebabkan kependekan Arabella, dia terpaksa menggunakan kerusi meja meja soleknya untuk tempatnya berdiri agar dapat mencapai beg kertas berwarna coklat itu.

" Haa!! I got you baby! " Laung Arabella riang lalu berjalan menghampiri katilnya sebelum dia nelabuhkan punggungnya di birai katil itu.

" Harap-harap ada lah telefon aku dalam ni. Penat tau aku cari. " Omelnya sambil menyelak beg kertas itu.

" Slingbag? " Slingbag miliknya ketika kejadian kemalangan itu diselongkar.

" Haa jumpa pun telefon aku ni! " Telefon pintarnya itu dikucup sebanyak tiga kali sebelum diletakkan di tepinya.

" Apa ada dlam beg ni eh? " Arabella menyelongkar slingbag itu lagi dan lagi.

" Surat? Kenapa ada darah? " Soalnya kepada dirinya sendiri. 

Perasaan ingin tahu semakin menjengah dalam dirinya.

" Buka ke tak? Buka ke tak? " Arabella masih berkira-kira hendak membuka dan membaca surat itu.

" Buka jelah. " Akhirnya dia memutuskan untuk membuka lipatan kertas itu dan membaca isi yang terdapat pada surat itu.

PUAN Anna baru teringat akan surat yang diserahkan oleh Scarlette kepada Arabella yang masih lagi di dalam slingbag milik Arabella itu.

Surat itulah penyebab Arabella kemalangan.

Dan Scarlette jugalah punca segala masalah ini berlaku.

Semuanya berpunca daripada Scarlette.

Arabella dan Harith bercerai pun gara-gara dia.

Baru sahaja Puan Anna hendak mendaki anak tangga, Arabella sudah memandangnya dengan pandangan penuh tersirat sambil berdiri tegak memandang ke arahnya dari sudut atas.

Puan Anna dapat merasakan bahawa Arabella sudah membaca isi surat yang berbekas darah itu.

" Apa semua ni, mama? Boleh jelaskan kat Ara ke? " Soal Arabella dingin.

Air matanya mengalir deras bagai air sungai yang sentiasa mengalir.

" Sayang, let me explain okay? " Puan Anna gugup dan tak tau ingin menjelaskan apa lagi.

Tapi dia akan cuba untuk membuatkan anaknya itu tidak salah faham.

" Panggil semua orang datang sini. Ara nak penjelasan daripada semua. Jangan pernah sesekali cuba tipu Ara. " Seusai dengan itu, Arabella terus masuk ke dalam biliknya.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now