Bab 58

1.1K 37 15
                                    

PINTU ward diketuk dari luar secara tiba-tiba.

" Assalamualaikum. "

Semua memandang ke arah pintu tersebut sambil menjawab salam.

" Awak... " Gumam Arabella perlahan sambil mengukir senyuman lebar.

Mestilah dia happy, buah hati datang kan...

Jaydie bersalaman dengan semua orang di dalam ward tersebut kecuali Ara. Tak boleh sentuh-sentuh sesuka hati wak, belum kahwin lagi. Sabar jap.

" Ni lah Jaydie? " Soal Airel penasaran.

" Ya, angah tulah Jaydie. Bakal suami Ara. "

Jaydie hanya tersenyum manis apabila Arabella menggelarkan dirinya sebagai ' bakal suami '.

" Segak orangnya. " Puji Puan Anna.

" Em, mak cik. Kalau tak keberatan saya nak minta izin mak cik dengan pak cik. " Jaydie memandang wajah kedua-dua orang tua Arabella tersebut.

" Minta izin apa? " Soal Encik Daller.

" Lusa ni keluarga Jay nak merisik Ara. Rancang nak merisik hari ni, tapi... " Belum sempat Jaydie menghabiskan kata-katanya, terus dipotong oleh Puan Anna.

" Takpa, kami faham. Ha kalau macam tu, bawa lah family dah merisik lusa ni. Nak juga berkenalan dengan bakal besan ni. " Ujar Puan Anna teruja.

" Baik mak cik. Hm Jaydie nak ajak Ara keluar minum-minum dulu boleh tak? Itu pun kalau mak cik dengan pak cik izinkan lah. "

" Boleh, takda masalah pun. Pergilah, asal tahu jaga batas pergaulan je. Jaga anak mak cik elok-elok. " Pesan Puan Anna.

" Terima kasih mak cik. Kami minta diri dulu. " Pamit Jaydie sopan.

Harith diam tak berkutik.

Kalau boleh dia nak je teriak kuat-kuat halang Arabella pergi dari situ. Tapi nak buat macam mana, dah tu pilihan Arabella sendiri kan?

PUNGGUNG dilabuhkan sebaik sahaja dulang yang berisi makanan itu diletakkan di atas meja. Mereka makan di KFC je, Arabella tiba-tiba craving nak makan cheezy wedges.

" Sayang, lepas ni kita nak pergi mana? " Soal Jaydie lembut.

" Cari barang hantaran kita lah. Biar mak dengan abah awak lusa datang merisik lepas tu kita tentukan tarikh dia je. Barang hantaran tak payah mahal-mahal, banyak-banyak sangat pun. Yang penting kita nanti dah halal. " Ujar Arabella mendatar.

Isi ayam dimasukkan ke dalam mulut lalu dikunyah dengan penuh selera.

" Okay lah kalau macam tu. "

" Hey, comel lah sayang ni makan. Comot macam budak-budak. " Jaydie terus mengelap sos yang tercalit di tepi bibir Arabella itu dengan ibu jarinya.

Arabella terus tersipu malu.

" Makan pelan-pelan kang nanti tersedak baru tau. " Pesan Jaydie kepada Arabella dengan nada yang cukup menggoda iman para wanita di luar sana.

" Nak take away KFC ni untuk Armelle dengan Dylan tak? Armelle suka french fries dengan chicken wings. " Soal Jaydie lembut.

" Tak menyusahkan ke? " Soal Arabella serba salah.

" Tak menyusahkan lah. Saya kan dah terbiasa dengan budak kecik comel loteyy tu. " Jaydie tersenyum lebar.

" Okay lah nanti lepas kita beli barang hantaran perkahwinan kita, kita singgah sini balik pesan untuk diaorang. " Putus Arabella.

Jaydie mengangguk setuju.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now