Bab 51

903 29 0
                                    

AWAL-awal pagi lagi Arabella sudah bersiap untuk pergi ke office atas sebab mempunyai meeting dengan client-client yang tertentu.

Baju kurung moden berwarna pink dan tudung bawal satin yang dikenakan dia itu sangat sesuai dengan warna kulitnya yang putih bersih itu.

High heels tinggi setinggi 4.5inci disarungkan ke kaki sebelum dia melangkah ke keretanya yang terparking elok di garaj rumahnya.

Tiba-tiba telefon pintar milik Arabella berdering menandakan panggilan masuk. Arabella yang baru sahaja hendak memasuki keretanya itu terus menutup semula pintu keretanya lalu menyelongkar slingbag yang disandangnya itu.

" Siapa pula call pagi-pagi buta ni? Aku dah lah rushing nak pergi office ni. " Omel Arabella.

" Hello? " Pekik Arabella tanpa melihat nama si pemanggil.

" Uishh!! Garangnya dia.. " sahut si pemanggil.

Arabella tersentak lalu melihat semula kepada skrin telefonnya itu.

" Syadique... "

" Ha yalah, saya lah ni. "

Arabella menggaru kepalanya yang berlapik shawl itu  perlahan.

" Sorry. Aku rushing nak gi meeting tadi sebab tulah aku termarah kau tadi. Yalah, kau call salah timing. " Pintu kereta dibuka semula.

Enjin kereta dihidupkan sementara dia habis berborak dengan Syadique melalui telefon.

" Yakaa? Sorry lah. Hm baru balik KL ni. Jumpa esok nak tak? " Soal Syadique melalui corong telefon.

" Err... Aku tak bukan tak nak jumpa kau, tapi aku tak ada kat KL lah sekarang ni. Aku ada hal sikit nak kena selesaikan kat Singapore ni. InsyaAllah kalau aku balik KL nanti, kita jumpa. "

" Oh yeke? " Ton suara Syadique kedengaran sedikit kecewa.

" Sorry. Hm I have to go now because I'm late for the meeting. Takut client I marah pula. " Jelas Arabella.

" Okay, bye. Drive carefully. "

Arabella terus mematikan panggilan lalu memandu keretanya dengan selaju yang mungkin agar tiba di office tepat pada waktunya.

SESAMPAI sahaja dia di office, Jaydie terus mendekatinya sambil membawa dua buah fail berwarna hitam.

" Wahai bos yang tersayang, jom? " Perlawa Jaydie dengan senyuman manis yang tidak lekang di bibir.

" Jom? Where do you want to go? " Soal Arabella pelik.

Ada meeting takkan nak bawa dating? Kan?

" Sayang, kita nak meeting lah. Lupa lah tu. " Seloroh Jaydie.

" Sayang kepala hotak you lah. Kalau Tina terdengar you panggil I macam tu kecik hati dia nanti. "

" For your information, I dengan Tina dah lama dah cerai. Tapi tak lama sangat lah. Masa you balik Malaysia tu yang kitaorang gaduh kat office you dulu tu, memang I balik tu terus ceraikan dia. " Luah Jaydie kesal.

" Oh my God! Are you serious? You're not kidding, right? " Soal Arabella inginkan kepastian. Patutlah Jaydie sejak kebelakangan ini bebas pergi ke sana ke sini tanpa hiraukan orang rumahnya.

" Why? Don't you believe me? " Duga Jaydie.

" Yes I do believe you, but I'm a little surprised actually. " Arabella tertawa janggal.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now