Bab 47

856 31 0
                                    

MALAM yang tenang ditemani oleh bintang terang menerangi langit yang hitam serta kelam itu membuatkan hati Arabella menjadi lebih tenang lagi.

Dia hanyut dengan pemandangan yang cantik dan menenangkan itu.

" Ara! Amboi awak, saya panggil daripada tadi tak dengar pun. Termenung pasal apa je? Teringat encik suami kat rumah ke? " Tebak Syadique.

" Eh, Syadique! " Arabella tersenyum nipis.

" Tak dengar pun kau panggil aku tadi. " Sambungnya lagi.

" Macam mana awak nak dengar kalau awak asyik termenung jauh teringatkan encik suami kat rumah tu? " Seloroh Syadique.

Namun, kata-kata Syadique itu sedikit sebanyak membuatkan hati Arabella terkesan.

" Suami? " Soal Arabella mendatar.

" Ya lah, suami. Cikgu Harith suami Ara kan? " Ujar Syadique lagi.

" Tak. "

Seusai dengan itu, Syadique lantas menoleh ke arah Arabella.

" Tak? Maksud awak apa, Ara? " Soal Syadique ingin tahu. Dia pelik dengan jawapan yang Arabella berikan itu.

Bukankah sepasang pasangan suami isteri itu romantic dan sweet orangnya? Kenapa pula tiba-tiba bukan suami isteri lagi?

" Nanti kalau ada masa aku cerita lah. Tapi ni aku lapar lah. Jom makan. Tadi tengah hari tadi kata nak dinner sama-sama kan? Jom lah. " Arabella terus membuka langkahnya mendahului Syadique.

Manakala Syadique masih lagi terpinga-pinga di belakang Arabella itu dan tinggal jauh beberapa langkah daripada Arabella.

" Awak! Tunggu lah! " Laung Syadique dari jauh.

" Cepatlah! " Laung Arabella pula.

Terkedek-kedek Syadique mengejar langkahnya itu dari belakang.

" Spaghetti spicy seafood 1, spaghetti spicy meatball 1, fresh orange 2. " Ujar Syadique kepada pelayan restoran tersebut.

" Thanks. " Ujar Arabella sambil tersenyum nipis. Pelayan restoran tersebut hanya mampu tersenyum nipis lalu mengangguk perlahan sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Setelah makanan yang dipesan sebentar tadi sampai, mereka berdua terus menjamah makanan tersebut tanpa mengeluarkan satu butir bicara pun sehingga Syadique memecahkan kesunyian tersebut.

" Ara. " Matanya redup memandang ke dalam anak mata Arabella.

" Hm? " Soal Arabella sambil mengunyah suapan spaghetti spicy seafood miliknya itu.

" Awak belum habis cerita lagi pasal awak dan cikgu Harith tadi. Cerita lah. Saya pun nak tahu juga. Lama kita dua dah tak jumpa ni. Baru sekarang jumpa haa. " Syadique cuba untuk memancing Arabella agar gadis itu menceritakan segalanya kepada dia.

" Aku dengan cikgu Harith dah cerai. " Ujar Arabella dengan satu lafaz sahaja.

" Haa?! " Soal Syadique terkejut dengan suara separa menjerit.

Arabella memandang ke kiri dan ke kanan. Terlihat beberapa customer restaurant itu sedang memandang ke arah mereka berdua.

" Sorry. " Syadique hanya mampu tersengih apabila melihat wajah Arabella berubah ketat.

" Tak, sekarang ni awak memang takda apa-apa hubungan dengan dia lah ni? " Soal Syadique lagi.

" Iyaa. Ish, dah lah. Tak payah nak banyak tanya lagi kenapa. Aku malas nak ingat kenapa. " tegas Arabella.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now