Bab 26

1.2K 43 2
                                    

LIMA tahun yang dilalui oleh Harith dan Arabella sepanjang menjadi pasangan suami isteri amat mencabar bagi mereka berdua.

Dengan keadaan Arabella yang masih menyambung pengajian di kolej manakala Harith pula bekerja.

Walaupun dia menjadi seorang student merangkap menjadi seorang isteri, Arabella tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Sikap Harith yang sentiasa bertolak ansur dan bersabar dengannya itu membuatkan Arabella semakin bertambah sayang terhadap jejaka itu.

" Excuse me, Puan Arabella Dylanna . Are you still listen to me? " Soal Dania sambil memetik jarinya di depan wajah Arabella yang termenung sendirian itu.

" Ha? "

" Ya Allah. Aku geram betul dengan budak nilah! " kepalanya diurut perlahan.

" Apa kau ni? Kau cakap apa je tadi? Boleh ulang balik tak? " Soal Arabella bengang .

" Aku tanya, kau dah siap tak assignment yang Miss Linda bagi tempoh hari tu? " Soal Dania bengang.

" Assignment yang mana satu eh? "

" Kau pernah makan guna straw tak? " Soal Dania dingin. Wajahnya jelas berang dengan sikap Arabella yang suka mengelamun itu.

" Alahh, relax lah. Kau kenapa garang sangat ni? Period eh? " Tebak Arabella.

" Mana taknya aku garang dengan kau ni, aku bercakap sambil kering anak tekak aku ni kau boleh pula berkhayal? Kau berkhayal pasal apa je ni? Focus sikit boleh tak bila orang tengah bercakap. " bebel Dania panjang lebar.

" Ya, aku focus lah ni. Hm belum lagi. Lagi sikit je lagi nak siap. Alahh, hantar lusa kan? Relax lah. " ujar Arabella sambil menyedut ice latte miliknya itu.

" Owhh, aku ingatkan kau dah siap. Rupanya aku yang siap terlebih dahulu daripada kau. " perli Dania sambil menayang riak wajah yang bangga.

" Alahh, aku sengaja je lengahkan kerja yang dia suruh tu sebab aku bosanlah. Takda kerja lain ke nak bagi? Asyik suruh lukis bangunan je lepastu suruh kira-kira. Kalau aku tau, aku tak nak lah ambik jurusan akauntan ni. Buat sakit kepala aku je. " omel Arabella.

" Lahh, relax lah. Lagi setahun je lagi kita dah nak graduate. Pastu kau boleh je buat apa yang kau nak. Bebas je. " bahu Arabella dipegang lalu ditepuk-tepuk.

" Hmm, I hope so."

" Sebut pasal graduate ni kan, kau dengan Hael nak nikah lepas graduate ni kan? Untunglah. " Arabella memuncungkan bibirnya.

" Weyy aku nervous gila weyh! Tak terasa masa berlalu cepat sangat. Yelah aku tunang dengan dia setahun selepas habis SPM lepastu lepas aje graduate ni nak nikah lah pula. Nervous siakk! " Tangannya dilagakan lalu digosok laju. Pipinya dikembungkan.

" Tak payah nak nervous sangat lah. Kau buat macam biasa je. Kau buat macam majlis kahwin tu birthday party kau. Ha masa tu kau tak nervous dah, kau excited nak tiup lilin je. " seloroh Arabella lalu tertawa kecil.

" Jangan buat lawak lah Ara. " Dania ikut ketawa sekali.

HARI yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Hari graduate untuk pelajar telahpun tiba pada hari yang dinantikan oleh semua pelajar.

Arabella dan Dania selamat melangkah ke tahap yang ke seterusnya. Lama mereka berdua menunggu saat itu.

" Beb, tak sangka kan kita dah grade wuu. " ujar Dania lalu memeluk erat Arabella.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now