Bab 22

1.3K 40 4
                                    

" MORNING "

Dengan langkah yang bergaya serta berkarisma, Harith melangkah masuk ke dalam kelas 5Ceria. Iaitu dimana kelas yang diduduki oleh Arabella.

" Bangun.. "

" Selamat pagi dan selamat sejahtera cikgu! " Laung Syadique merangkap ketua kelas 5Ceria itu.

" Selamat pagi dan selamat sejahtera cikgu! " Laung pelajar yang lain lalu duduk semula.

" Okay today I want to tell you guys that next week, exam will start over. So, are you guys ready to exam for the next week? " Soal Harith dengan penuh pelat English-nya itu.

" Not really, because I am very sure that I will fail again in subject Science." jawab Fisya mendatar.

" Why, dear? I'm sure that you can do the best. " Pujuk Harith. Dia nak semua anak murid dia berjaya dan tak pernah putus asa.

Arabella tersentak mendengar perkataan ' dear ' yang keluar dari mulut Harith itu. Dengan dia Harith panggil dear. Dengan student pun Harith nak panggil dear juga ke?

Manakala lain pula bagi Fisya. Fisya mula mencair mendengar kelembutan budi bahasa dan bicara kata yang digunakan oleh Harith itu. Memang lelaki idaman terowksss!

Dania perasan akan perubahan sahabatnya itu mengusap perlahan bahu Arabella agar gadis di sebelahnya itu bersabar.

" Aku tau kau sentap, sabar. Ilekk.. " bisiknya di tepi telinga Arabella.

" So today I'll teach you about the green house. Please open your text book page 98. " Arah Harith.

Selang 20 minit dia menerangkan tentang apa yang ada di muka surat 98 hingga muka surat 102 itu, dia terus menyoalkan soalan kepada pelajar di kelas itu.

" Apa maksud aerobik pada kesan rumah hijau ni? " Soal Harith mendatar.

" Owh, saya tau cikgu! " Jawab salah seorang daripada mereka dengan yakin. Yakinnya kamu!

" What is it? "

" Senaman aerobik tu kan? " Soalnya yakin sekali. Satu kelas ketawa berdekah mendengar jawapan daripadanya termasuk Harith .

" Bukan senaman aerobik lah. Kalau senaman aerobik tu, semua orang tau maksud dia. Tapi aerobik pada sisi Sains ni pula lain. Kalau awak semua ni kelas Sains biologi, awak semua akan belajar semua pasal Sains tapi sayang korang ni ambik alih bahagian sastera. "

" Owhh, bukan eh? " Harith terus menggeleng perlahan menidakkan jawapan murid itu.

" Aerobik tu maksud dia ialah okay like this. Actually, dia ada dua. Satu aerobik dan satu lagi anaerobik. Terdapat dua jenis latihan utama iaitu latihan anaerobik dan latihan aerobik. Anaerobik bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga, manakala aerobik pula membawa maksud aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti. Faham tak? " Terang Harith panjang lebar.

" Faham... "

" Okay good then. Lagi berbaki 20 minit ni, saya nak kamu buat buku kerja muka surat 48 sampai 56. Soalan eksperimen tu skip dulu, lusa masa saya ada tiga masa kan? Kita pergi makmal buat kajian eksperimen sama-sama. " jelas Harith.

" Baik cikgu. "

" Okay berkenaan dengan exam minggu depan, bab 2,3,4,5 akan keluar exam. Bab 5 tingkatan 3 dan bab 1 tingkatan 4. Cikgu nak kamu ulangkaji baik-baik. Kalau dapat score 50 ke atas, cikgu belanja coklat. "

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now