Bab 19

1.1K 44 1
                                    

" HAH! " mereka disergah oleh satu suara.

  " Dah kenapa tu?" Soal Cikgu Azman. Dia melihat Syadique menyambut Arabella yang hampir terjatuh tadi .

" Err.. ta—tadi dia nak.. hmm.. " Arabella menjadi gugup.

Pantas Shafique memintas kata-katanya itu.

" Saya sambut dia sebab dia nak terjatuh tadi cikgu. Maaf. " Terang Shafique.

MALAM yang indah pada malam itu telah ditemani dengan bulan purnama penuh. Kesemua pelajar dan guru pengiring duduk mengelilingi unggun api yang dinyalakan oleh beberapa orang pelajar lelaki tadi.

Harith memetik gitar miliknya dan menyanyikan lalu ' love story ' atas permintaan ramai. Matanya tidak lepas daripada terus memandang wajah Arabella yang leka merenung unggun api di tengah-tengah bulatan mereka itu.

" Beb, aku tengok cikgu Harith tu tak lepas je pandang si Ara tu. Kau rasa tak apa yang aku rasa? " Soal Fisya dalam nada berbisik kepada Laila yang berada di tepinya itu.

" Ha'ah. Aku rasa diorang pasti ada seswamthing ni . Ke— " Laila menggantung bicaranya. Matanya bulat memandang wajah Fisya yang cuak itu.

" Diorang ada relationship belakang kita ke? " Soal mereka berdua serentak.

Fisya dan Laila melopong serentak dengan mata yang membulat.

Mereka berdua tersentak apabila terdengar bunyi sorakan daripada pelajar yang lain.

" Okay, sekarang ni cikgu nak kamu semua bagitau nama penuh, hobi, cita-cita, status dan bagitau juga siapa guru yang kamu semua idolakan. " ujar Cikgu Azman mendatar.

" Okay kita mula dari sana. " Cikgu Azman lantas menunjukkan ke arah dua orang pelajar perempuan yang berada di sebelah kiri Arabella itu .

Iaitu Ecah dan Amelia. Diorang memang suka berkepit sana-sini kemana-mana sahaja.

" Hai, saya Aisyah tapi orang panggil saya Ecah. Hobi saya tengok cerita Korea. Cita-cita saya nak jadi seorang doktor bedah macam dekat Korea tu. Status saya single, sebab kan still sekolah. Takkan nak kahwin dah kott. Guru yang saya idolakan adalah sudah semestinya cikgu Harith. " Ecah tersenyum malu memandang Harith yang mendongak memandangnya itu.

Tidak dinafikan, Harith mempunyai paras rupa yang sangat kacak.

Arabella juga sedikit sentap dengan jawapan Ecah yang kedua terakhir tadi yang menyentuh isu perkahwinan. Isu itu seakan-akan menyindir dirinya.

" Kenapa cikgu pula yang menjadi idola korang? Apa lebihnya cikgu? " Soal Harith mendatar. Dia sengaja menduga jawapan gadis itu.

" Sebab cikgu handsome macam mat saleh kot? " Bidas Ecah dan sehinggalah urutan berhenti di Arabella dan Dania.

" Hey, nama saya Arabella Dylanna. Just call me Ara. Cita-cita saya nak jadi sorang akauntan. Hobi, baca novel dan cerita yang mistik serta penuh tanda tanya . Status? Korang rasa? Well you all know me well right?Guru yang saya idolakan? Takda . Takda satu pun yang menarik. Sekian. " ujar Arabella mendatar tanpa secalit senyuman pun.

Harith sekadar tersenyum kelat mendengar jawapan Arabella itu. Arabella malah tidak menghiraukan pandangan mata Harith itu.

" Hey saya Dania. Cita-cita saya nak jadi seorang akauntan sama macam Ara. Hobi saya travel.Status? Jangan buat lawak ye. Guru yang saya idolakan? Ingat artis ke nak idola-idola bagai? Artis pun aku langsung tak tertarik inikan pula guru kan sekolah ni. Jangankan dua mata, sebelah mata pun aku tak pandang. Dah tau kan? Kenapa tanya? " Jawab Dania sinis.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now