" MUMMY " Harith tunduk menyalam tangan ibunya itu. Begitu juga Arabella.
" Daddy " sekali lagi Harith tunduk menyalam tangan bapanya itu dan diikuti oleh Arabella.
" Daddy dengan mummy sihat tak ni? " Soal Harith prihatin.
" Sihat lagi. Ni apa berita gembira yang kamu nak sampaikan ni? " Soal Puan Hellen.
Harith menarik tangan Arabella agar duduk di sebelahnya . Ibu bapa Dania juga ternanti-nanti.
" Ara mengandung ke? " Tebak Hael.
Arabella tersedak liur sendiri. Apa ni? Boleh pula dia tanya soalan pelik-pelik tu.
Dania menepuk kuat paha Hael yang di sebelahnya itu. Hael tersengih malu.
" Bukanlah bro, cuma nak raikan keputusan Bella dengan Dania je. Diaorang mendapat tempat dalam kelas. " ujar Harith.
" Lahh, yeke Nia? Dasar budak bertuah. Kenapa tak bagitau ibu? Soal Puan Delina teruja.
" Saja nak surprise." Dania tersengih seperti kerang busuk.
" Dia memang budak bertuah sayang. " ujar Encik Rosly.
" Erm, saya nak bawak Nia pergi bilik air kejap. " pamit Arabella. Semua menghantar kepergian mereka berdua.
Dania walaupun bingung, dia ikutkan saja.
" Beb, kau kena paksa juga ke pakai dress ni? " Soal Arabella.
Dania mengeluh kasar.
" Hael tulah, otak biul. Dia cakap, kalau aku tak ikut plan dia, dia nak masuk melamar aku esok. Gila kan? " Luah Dania.
" Like seriously? Dua adik-beradik tu memang suka memaksa kan? " Provok Arabella bengang.
" But, beb. I wonder how can you get third place in our class? That is so surprising me you know. " ujar Arabella penasaran.
Dania tersenyum lebar " Hael. Dia selalu ajar aku cara mengulangkaji yang betul. Setiap malam aku oncall dengan dia sebab nak pastikan yang aku ni betul-betul ulangkaji atau tak? " Terang Dania.
" Duhal. Patutlah kau macam pandai semacam je kali ni. Yelah, kalau tak, memang kau takkan ulangkaji pun kan? " Perli Arabella. Dania tersengih.
" Eh, dah lah jom. Dorang dah tunggu kita tu. " Dania menarik tangan Arabella.
" Lamanya kencing. " ujar Hael kepada Dania.
" Borak sikit tadi. " ujar Dania tanpa memandang Hael. Takut kalau pandang nanti, dia ikut Hael balik rumah terus sebab terlampau angaukan jejaka di sebelahnya itu. Hehehe.
" Honey. " apabila Arabella menoleh Harith terus menyuapkannya udang yang dia kopek tadi.
" Ish, bagitahulah dulu. Kan dah comot. " rungut Arabella. Semua memandang ke arah mereka berdua dengan senyuman melebar.
" Tak lama lagi, timang cucu lah kita gamaknya ya Anna. " seloroh Puan Hellen.
" Ha'ah, awal lah kita dapat cucu kalau macam ni. " provok Puan Anna pula.
Arabella tertunduk memandang bawah meja. Nak malu ke nak nangis?
" Ada pula macam tu ye. " provok Puan Delina.
" Lekaslah habis belajar tu Ara, bagi kitaorang cucu cepat. Tak sabar rasanya nak timang cucu " sampuk Encik Harry.
" Err.. " Arabella terkelu lidah. Pipinya merona merah.
YOU ARE READING
Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Arabella Dylanna. Nama yang cantik seperti orang empunya nama. Akan tetapi nama dan wajah yang manis itu tidak menggambarkan sikap empunya badan. Arabella Dylanna seorang gadis yang baru sahaja meningk...