Bab 61

394 16 2
                                    

MALAM berganti siang, siang berganti malam, namun satupun khabar berita mengenai Jaydie belum dia ketahui. Adakah dia masih hidup ataupun di sebaliknya?  Semua persoalan itu sentiasa bermain di fikiran Arabella.

" Kenapa honey termenung ni hm? " Harith datang menyapa isterinya yang duduk bersendirian di kerusi kayu di halaman rumah merka itu sambil mengelamun jauh. Entah apa yang dia fikirkan pun Harith tidak tahu sama sekali.

Arabella mendongak memandang wajah maskulin suaminya yang cukup sempurna sambil tangannya naik mengelus tangan Harith. Bibirnya mengoyak senyuman nipis.

'' Awak... ''

'' Honey fikir pasal apa ni, hm? '' Soalnya dengan nada lemah lembut lalu punggungnya dilabuhkan di sebelah Arabella. Tangan Harith diangkat kerana hendak merangkul bahu Arabella.

'' Takda apa-apa pun. Cuma kadang-kadang tu teringatkan Jaydie. Dia hidup lagi ke tak? Dia sihat ke tak? Dah lama dia menghilang tanpa khabar. Ara risaukan dia. Ara tak nak apa-apa yang buruk terjadi kat Jay. Dia baik. Kalau dia betul-betul dah takda kat dunia ni, takkan family dia langsung tak tau mana kubur dia? Takkan pihak hospital tak contact family dia langsung time kematian si Jay tu kan? '' ujar Arabella mendatar. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar khuatir akan keadaan dan keberadaan Jaydie.

'' Honey, jangan lah stress-stress macam ni, nanti baby dalam perut honey ni pun ikut stress juga. ''

Benar, Arabella kini mengandungkan anaknya yang kedua. Mengikut info yang diberikan oleh doktor, baby dalam kandungannya kini adalah kembar lelaki. Akan tetapi, perkara itu masih belum pasti lagi. 

Satu perkara lagi, Arabella dan Harith sudah berbaik dan Arabella sudah memaafkan kesalahan Harith yang lepas.

Kini mereka menjadi satu keluarga yang harmoni.

'' Pasal Jay tu, orang suruhan abang cakap Jaydie kemungkinan berada di Singapore sekarang ni. Mungkin sebab tu lah Jay susah nak dijejaki sekarang ni. Tapi besar kemungkinan Jaydie masih hidup. '' Kepala Arabella diusap dengan penuh kasih sayang. 

'' Dah nak dekat setahun Jaydie menghilang kan? '' Soal Arabella dengan wajah polos.

'' Ha'ah, baby twin kita dalam perut ni pun dah nak masuk 7 bulan. Tunggu masa nak deliver je ni. '' Harith mengusap perut Arabella yang semakin membesar dengan jayanya itu.

'' Kalau apa-apa terjadi kat baby kalini macam sebelum-sebelum ni, awak akan tinggalkan saya lagi ke? ''

'' Apa tanya soalan macam ni, ni? Minta dijauhkan lah, jangan cakap yang bukan-bukan. Kata-kata tu satu doa, honey. Dah, jangan cakap benda mengarut merepek macam ni lagi. '' Kepala Arabella ditarik lalu disandarkan di bahunya.

'' Arabella Dylanna, aku sayang kau. Aku takut kalau nanti aku harus kehilangan kau untuk kali kedua. Aku tak nak hilang kau. Kau tau kau sangat penting dan berharga bagi aku kan? '' Kelihatan Arabella mengangguk kecil.

'' Tolong jangan pernah persoalkan perasaan aku kat kau. Kau dah jadi separuh daripada nyawa aku. Aku sayang kau dan anak-anak kita. Aku nak kita sama-sama besarkan anak-anak kita nanti sampai memutih rambut kau dan aku. ''

'' Aku pun sayang kau, Harith Haydar. '' Harith mengucup lembut dahi Arabella.

KEADAAN rumah menjadi riuh rendah sebaik saja semua ahli keluarga berkumpul di sebuah rumah agam milik keluarga Harith Haydar.

'' Amboii, dah macam orang baru kahwin eh dua orang pasangan sejoli ni.  '' Perli Hael sambil memangku Haura di atas pahanya.

'' Biarlah aku nak rasa nikmat kebahagiaan ni. Aku sebelum ni berpisah lama kan dengan bini aku. Rindu woo! '' Bidas Harith sambil menggomol pipi tembam Arabella yang putih lagikan gebu itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now